awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
05/02/2026
15:15 MYT
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata Malaysia telah memanfaatkan perniagaan REIT sejak 21 tahun lepas, dan sektor REIT kini menjadi alternatif berdaya maju untuk syarikat mengukuhkan lembaran imbangan masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan semula penerusan sokongan terhadap sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) memandangkan industri itu telah mencapai tahap kematangan dan daya maju komersial yang tinggi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringkasan AI
  • Menteri Kewangan II menyuarakan keperluan mempertimbangkan semula sokongan terhadap sektor REIT yang matang dan maju secara komersial.
  • Industri REIT telah berkembang pesat dengan permodalan pasaran mencapai RM57 bilion tahun lepas, menunjukkan kepentingan sebagai penambahbaikan penting dalam pasaran modal.
  • Kerajaan menegaskan fokus pada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 dan Belanjawan 2026 untuk memastikan kestabilan ekonomi negara.

Beliau berkata Malaysia telah memanfaatkan perniagaan REIT sejak 21 tahun lepas, dan sektor REIT kini menjadi alternatif berdaya maju untuk syarikat mengukuhkan lembaran imbangan masing-masing.
Permodalan pasaran REIT mencecah kira-kira RM57 bilion tahun lepas berbanding kurang daripada RM1 bilion ketika REIT mula diperkenalkan manakala pasaran telah menerima REIT sebagai penambahbaikan penting kepada pasaran modal, katanya.
"Jika perniagaan REIT sudah matang dan berdaya maju, mungkin kerajaan perlu mempertimbangkan semula sama ada masih perlu memberikan lagi sokongan, memandangkan REIT telah menjadi sektor yang besar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau bersama-sama Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berada dalam sesi perbincangan mengenai fiskal dan dasar monetari yang dimudah cara oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Fad'l Mohamed di Forum Ekonomi Malaysia 2026.
Ketika ditanya sama ada kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyemak unjuran pertumbuhan tahun ini, Amir Hamzah menyuarakan keyakinan dengan berkata kemungkinan terdapat pelarasan positif terhadap unjuran itu apabila diteliti semula pada April.
"Bagaimanapun, berikan mereka (BNM) masa untuk meneliti angka-angka itu untuk menyokong unjuran dengan betul.
"Fokus Kerajaan MADANI adalah untuk melaksanakan perkara yang telah kita tetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2026 bagi memastikan asas ekonomi kekal sangat kukuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Bursa Malaysia
#pelaburan
#reit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan