awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Terengganu lupus 127 bot nelayan Vietnam bernilai lebih RM190 juta sejak 2010

Bernama
Bernama
17/11/2021
20:55 MYT
Maritim Terengganu lupus 127 bot nelayan Vietnam bernilai lebih RM190 juta sejak 2010
Salah sebuah daripada dua buah bot nelayan asing yang dirampas Maritim Terengganu dilupuskan untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Bidong, 8 April, 2021. - Gambar fail BERNAMA
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu telah melupuskan 127 bot nelayan Vietnam yang dilucut hak oleh mahkamah bernilai RM190.5 juta sejak 2010 sehingga kini.
Pengarahnya Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua bot berkenaan dilupuskan secara penenggelaman untuk dijadikan tukun tiruan di sekitar perairan Terengganu.
Beliau berkata kaedah penenggelaman bot sebagai tukun adalah salah satu inisiatif untuk memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin di samping simbolik betapa seriusnya Martim Malaysia dalam menyekat kemasukan nelayan asing ke perairan negara secara haram.
"Maritim Malaysia akan terus melaksanakan rondaan untuk mengesan kegiatan pencerobohan nelayan asing di samping aktiviti yang melanggar undang-undang di sekitar perairan Terengganu," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pelupusan empat bot nelayan Vietnam yang di lucut hak di perairan Pulau Perhentian, Terengganu, di sini semalam.
Mengulas lanjut Muhammad Suffi berkata kesemua empat bot berkenaan bersama 39 krew termasuk tekong warga Vietnam disabit kesalahan mengikut Seksyen 15(1) dan 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
"Selain itu, 60 buah bot lagi masih berada di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Maritim Negeri Terengganu, PTV Zon Maritim Kemaman dan PTV Bukit Datu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lupus
#Maritim Terengganu
#bot nelayan Vietnam
#Tukun Tiruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan