4?

Begitulah reaksi pemain Liverpool, Lazar Markovic selepas digantung empat perlawanan oleh badan bola sepak Eropah, UEFA.

Reaksi Markovic tersebut menunjukkan bahawa dia menganggap hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Orang ramai turut memberi reaksi masing-masing di Twitter terhadap penggantungan yang dikenakan.

Vine insiden yang menyebabkan Markovic dilayangkan kad merah turut dikongsi peminat bola sepak.

Penggantungan 4 perlawanan itu termasuk satu yang ditambah berikutan kad merah yang diperoleh semasa beraksi di Benfica musim lalu itu.

Ia dianggap agak berat oleh sesetengah pihak kerana menganggap ia tidak menyebabkan kecederaan.


Hukuman tersebut dikenakan selepas Markovic didapati bersalah mengibas tangannya ke arah pemain Basel, Behrang Safari Disember tahun lalu.

Dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah (UCL) itu, Liverpool seri satu sama dengan Basel sekaligus tersingkir dari kejohanan.