KUALA LUMPUR: Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kedua-dua Malaysia dan Singapura mengukuhkan kerjasama dua hala, termasuk meneroka bidang baharu dengan kepentingan bersama, terutama ketika ekonomi dunia telah dibuka semula, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, pelbagai skim perjalanan termasuk Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang telah dimuktamadkan antara kedua-dua negara, akan memudahkan usaha kedua-dua kerajaan untuk mengukuhkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19, khususnya dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan.
"Bagi pelancongan, kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripada peningkatan ketibaan pelancong untuk menggiatkan semula industri pelancongan dan seterusnya mengukuhkan lagi hubungan sosioekonomi kita," katanya pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke negara itu.
Bidang lain yang berpotensi tinggi untuk kerjasama ialah Revolusi Industri 4.0, teknologi kewangan, pembuatan termaju, e-dagang, aeroangkasa dan ekopelancongan.
"Adalah penting bagi kedua-dua Malaysia dan Singapura untuk saling melengkapi bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan sambil kedua-duanya berusaha meningkatkan rantaian nilai global untuk manfaat bersama.
"Kita sentiasa mengalu-alukan pelaburan tambahan dari Singapura, dan kita yakin asas ekonomi Malaysia yang kukuh akan terus menarik pelabur, khususnya dari Singapura," tambah beliau.
Katanya, Kementerian Kewangan bersedia untuk memudahkan pelaburan masuk dengan memastikan insentif cukai Malaysia serta pemboleh lain kekal menarik kepada pelabur.
Semasa lawatan kerja itu, Tengku Zafrul turut membincangkan beberapa topik berkisar mengenai perdagangan, ekonomi dan pelaburan dengan para menteri Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi, Heng Swee Keat; Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Dr. Vivian Balakrishnan; Menteri Kewangan, Lawrence Wong; dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr. Tan See Leng.
Singapura dan Malaysia adalah rakan dagangan kedua terpenting antara satu sama lain.
Singapura ialah sumber terbesar pelaburan langsung asing (FDI) negara dan destinasi pelaburan langsung terbesar Malaysia di luar negara (DIA).
Pada 2020, Singapura dinamakan pelabur terbesar dengan jumlah pelaburan RM152.83 bilion, menguasai 21.7 peratus daripada FDI Malaysia.
Hubungan ini adalah hubungan timbal balik kerana Singapura dinamakan sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia pada tahun yang sama (2020), dengan kedudukan Pelaburan Langsung Luar Negara (DIA) bernilai RM110.38 bilion, iaitu kira-kira 21.3 peratus daripada DIA Malaysia.
Secara keseluruhan, pada akhir suku ketiga 2021, FDI Singapura berjumlah RM162.04 bilion manakala DIA mencecah RM106.59 bilion. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan tambahan dari Singapura, kata Tengku Zafrul. - Gambar BERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.