Krisis air yang melanda Lembah Klang akan berakhir tidak lama lagi, kata pengarah eksekutif hal ehwal korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halim Mat Som hari ini.
Menurut Halim walupun pam air di kedua-dua rumah pam yang mengalami kerosakan sudah dibaiki, tetapi ia belum mencapai keupayaan maksimum.
"Pam berkenaan kembali berfungsi sejak minggu lepas, tapi kami belum memaksimumkan keupayaannya kerana bimbang akan berlaku lebihan bebanan, yang boleh mengakibatkan berlaku satu lagi krisis air," katanya.
Abdul Halim berkata kedudukan Cheras sebagai kawasan paling jauh dan paling tinggi menyebabkannya mengalami kekurangan bekalan paling lama dan memerlukan lebih banyak masa untuk menikmati bekalan seperti biasa.
Sementara itu, penduduk Bandar Sri Permaisuri, Cheras mendakwa hingga pukul 4 petang ini, kawasan itu belum mendapat bekalan air.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 31, berkata dia menerima pangilan daripada pusat penjagaan harian supaya mengambil anaknya kerana pusat itu akan ditutup berikutan ketiadaan bekalan air.
"Saya terpaksa ambil cuti hari ini dan berharap masalah air ini akan diselesaikan dengan segera kerana saya tidak tahu berapa lama lagi kami (penduduk) boleh bertahan dengan keadaan ini," katanya.
Sarbanun Hassan, yang mengendalikan sebuah pusat jagaan harian di Bandar Seri Permaisuri berkata dia terpaksa menutup pusat itu kerana menghadapi masalah bekalan air.
"Kami perlukan air untuk membasuh botol susu bayi, memandikan mereka dan untuk tujuan kebersihan lain. Oleh kerana keadaan bekalan air di sini belum diatasi, saya terpaksa meminta ibu bapa mengambil anak mereka dan bersedia untuk memulangkan bayaran untuk hari ini," katanya.
Sarbanun berkata pusat itu mempunyai 45 kanak-kanak berusia antara tiga bulan dan sembilan tahun.
Beliau meminta ibu bapa yang ingin menghantar anak ke pusat jagaan itu supaya menyediakan lima liter air bagi kegunaan setiap anak.
Bernama
Mon Jan 07 2013

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).
Masalah air akan pulih tidak lama lagi -Syabas
Krisis air yang melanda Lembah Klang akan berakhir tidak lama lagi, kata Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halim Mat Som hari ini.