TAWAU:Penduduk di beberapa perkampungan di kawasan Tawau berharap kerajaan dapat mencari penyelesaian berhubung masalah bekalan air yang dihadapi.
Mereka mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib.
Tanpa air bersih, sukar bagi penduduk menjalankan aktiviti harian dan ada masanya mereka guna air dari sungai berdekatan selain air hujan yang ditadah.
Sementara alternatif lain adalah beli air mineral untuk keperluan air minum dan memasak.
Latipah Jamaran akui, bekalan air bersih sudah disalurkan sejak lima tahun lalu, namun masalah catuan pula jadi kekangan ketika ini.
“Masalah kami di kampung ini adalah masalah air. Sebenarnya kerajaan sudah bekalkan air bersih kepada kami beberapa tahun yang lalu tetapi masalahnya sekarang adalah tekanan air yang rendah.
“Kami hanya akan mendapat bekalan air sekali setiap 10 hari. Bayangkanlah 10 hari menunggu. Jadi kami terpaksa mencari alternatif lain iaitu dengan menadah air hujan atau mengambil air sungai untuk kegunaan harian,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Penduduk juga terpaksa bersedia setiap masa kerana catuan air dibuka pada waktu malam.
“Bekalan air selalunya akan tiba bermula 11 malam sehingga 5 pagi jadi saya tidak dapat tidur.
“Masalahnya sekarang, suami dan anak saya mengidap penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, kencing manis dan darah tinggi. Saya terpaksa membeli air mineral untuk mereka minum.
“Jika kami berkemampuan tidak mengapa, tapi kami tidak berkemampuan. Jadi kami memohon kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang sudi membantu kami memudahkan mendapat bekalan air di sini,” katanya lagi.
Masalah dihadapi ini sudah berkali-kali diadukan kepada Jabatan Air Sabah, namun tiada penyelesaian sehingga kini.
“Kami telah membuat aduan sebanyak empat kali sebelum ini. Apabila kami menghubungi hotline mereka kata mereka akan menghantar juruteknik namun masalah ini berlarutan,” kata seorang lagi penduduk Nurafidah Wan Ahmed.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ambil maklum masalah air dihadapi penduduk.
Untuk penyelesaian jangka pendek, pihaknya akan membina sebuah tangki besar.
“Ketika ini kami dalam proses mengenalpasti tempat yang sesuai untuk meletakkan tangki air ini. Maknanya tempat itu adalah tempat orang awam dan bukan tempat persendiriran, untuk dibina tangki yang besar.
“Ini supaya apabila terdapat masalah bekalan air, penduduk di kawasan sekitar dapat menggunakan air yang ada di dalam tangka ini,” jelasnya.
Nizam juga turut menggesa kerajaan meneruskan projek empangan air di Loji Penapis Air Cinta Mata di Jalan Gudang Empat yang bernilai RM450 juta.
Projek itu katanya akan dapat menyelesaikan masalah air yang dihadapi penduduk Tawau.
Ridzal Abdullah
Tue Feb 02 2021
Penduduk Tawau mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib. - Astro AWANI
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.