awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah brek: Mercedes panggil balik hampir sejuta kenderaan

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2022
04:45 MYT
Masalah brek: Mercedes panggil balik hampir sejuta kenderaan
Syarikat itu memaklumkan kenderaan yang terjejas dalam penarikan balik itu dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2015 membabitkan siri ML dan GL. - REUTERS
BERLIN: Pengeluar kereta Jerman Mercedes-Benz memanggil balik hampir sejuta unit kereta model lama dari seluruh dunia susulan masalah sistem brek.
Syarikat itu berkata pemilik kenderaan akan dihubungi berikutan masalah yang disifatkan sebagai "hakisan sistem brek yang teruk".
Sebanyak 993,407 unit kereta terjejas termasuk 70,000 di Jerman.
Sebelum ini Mercedes telah memanggil balik beberapa kenderaan berhubung isu keselataman membabitkan sistem kecemasan.
Syarikat itu memaklumkan kenderaan yang terjejas dalam penarikan balik itu dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2015 membabitkan siri ML dan GL.
"Kami mendapati fungsi brek dalam beberapa kenderaan itu terjejas akibat hakisan di bahagian sambungan.
"Hakisan ini boleh menyebabkan kerosakan mekanikal pada sistem brek," kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambannya proses penarikan balik itu akan dilakukan serta merta bagi menggantikan bahagian yang mengalami kerosakan.
Topic Berkaitan
#Mercedes-Benz
#panggil balik
#sistem brek
#hakisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan