Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin masalah yang dihadapi dengan PKR dapat diselesaikan dengan baik.
Hadi berkata PAS dan PKR seringkali dapat menyelesaikan masalah dengan baik.
"Yakin, saya yakin boleh selesaikan dengan baik. Kita (Pakatan Rakyat) selalu dapat selesaikan masalah kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60, di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata sehingga kini tidak berlaku pelanggaran dasar dalam tahaluf siasi yang dibentuk dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, Pakatan Rakyat mempunyai syarat yang longgar apabila setiap parti boleh menganut ideologi mereka masing-masing.
Tegas Abdul Hadi berkata, beliau menghormati dan memahami antara satu sama lain.
"Sehingga ini, apa yang saya faham tidak ada lagi berlaku pelanggaran perkara dasar.
"Kita mempunyai satu prinsip umum iaitu dukung demokrasi, wujud keadilan untuk semua. Ini perkara sama.
"Tiada percanggahan antara satu sama lain," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau melihat PKR dan DAP melanggar dasar tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu Abdul Hadi juga diminta mengulas hubungan beliau dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan tidak sehaluan ekoran krisis Menteri Besar Selangor.
Abdul Hadi menjelaskan beliau dan Mohamad tidak mempunyai sebarang masalah dan masih boleh bekerjasama.
"Kalau tak ngam saya tidak boleh duduk sebelah Mat Sabu," jelas beliau.
Irwan Muhammad Zain
Thu Sep 18 2014
HADI: PAS dan PKR seringkali dapat menyelesaikan masalah dengan baik. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.