awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah kecederaan Liverpool berterusan

Astro Arena
Astro Arena
28/10/2020
03:06 MYT
Masalah kecederaan Liverpool berterusan
Fabinho (kiri) dan Klopp selepas pemain itu dikeluarkan kerana mengalami kecederaan ketika perlawanan UCL Kumpulan D antara Liverpool dan FC Midtjylland di Anfield, Liverpool, Britain, 27 Okt, 2020. REUTERS
MASALAH pertahanan Liverpool berterusan selepas Jurgen Klopp mengesahkan Fabinho mengalami kecederaan hamstring ketika menang 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Midtjylland awal pagi tadi.
Pemain tengah Brazil, Fabinho -- mengisi kekosongan jentera pertahanan di sebalik ketiadaan Virgil van Dijk dan Joel Matip -- mengalami kecederaan ketika dalam aksi Kumpulan D sebelum diberikan rawatan oleh staf perubatan Liverpool.
Dia telah digantikan oleh Rhys Williams pada minit ke-30 ketika Diogo Jota, yang meledak gol ke-10,000 dalam semua pertandingan, dan Mohamed Salah melengkapkan kemenangan mereka di Anfield.
Klopp telahpun tanpa khidmat Van Dijk selepas pemain kebangsaan Belanda itu mengalami kecederaan lutut serius ketika berdepan Everton, pengendali The Reds itu tidak pasti mengenai tahap masalah yang dihadapi Fabinho.
"Perkara terakhir yang kami mahukan. Saya tidak tahu, dia mengalami kecederaan hamstring kiri dan ia kelihatan kurang baik," kata Klopp.
"Dia tidak berasakannya terlalu serius, dia berkata dia boleh bermain tetapi tidak dapat berlari tidak dapat membantu pasukan. Kita akan melihat, kita mesti melakukan imbasan dan melihatnya tetapi jelas keadaannya tidak baik."
Topic Berkaitan
#Liverpool
#jurgen klopp
#Fabinho
#Liga Juara-Juara
#UCL
#cedera
#Rhys Williams
#kecederaan hamstring
#Midtjylland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan