BANGI: Sekarang bukan lagi masanya untuk mengkaji punca mengapa kepekaan jantina tidak berlaku di negara ini.
Kepekaan jantina merujuk kepada proses yang memberikan pemahaman tentang bagaimana jantina memainkan peranan dalam hidup menerusi layanan yang diberikan oleh orang lain.
Yang Dipertua Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO), Prof. Emerita Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berpendapat, masa untuk itu sudah berlalu dan kini adalah waktu untuk mengambil tindakan.
"Malaysia dalam kalangan negara terendah dari segi penyertaan wanita dalam pasaran kerja. Ramai wanita di universiti tetapi tidak dicerminkan dalam dunia pekerjaan dan di peringkat membuat keputusan.
"Begitu juga kurangnya penyertaan wanita dalam kepimpinan, sama ada sektor awam, badan berkanun, swasta dan politik.
"Perbezaan pengalaman hidup yang dilalui oleh wanita dan lelaki sejak kecil mengukir ketidaksamaan akses terhadap peluang dan ganjaran.
"Pengalaman hidup juga membuat ramai wanita kurang yakin dengan diri sendiri walaupun berkebolehan," katanya ketika berucap melancarkan buku Tokoh Akademia Wanita UKM, pada Selasa.
Justeru, kehadiran buku itu dilihat satu inisiatif yang baik dalam usaha merapatkan jurang jantina, terutamanya dalam mengetengahkan tokoh-tokoh wanita dalam bidang akademik.
"Pada akhir Mac ini, NCWO bersama kerajaan Sweden akan mengadakan seminar gender Wikigap dan saya telah dijemput untuk menyertainya.
"Saya harap kita dapat bekerjasama dengan Wikipedia dalam membina pangkalan data tokoh wanita dalam semua bidang yang sentiasa dikemaskini dan boleh diakses seluruh dunia.
"Dengan adanya pangkalan data ini, mudah untuk kita mengatur langkah dan strategi untuk meningkatkan visibiliti wanita dalam semua bidang, sekaligus menjadi perangsang kepada wanita-wanita muda," tambahnya.
Buku tersebut yang dihasilkan oleh Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), menghimpunkan seramai 167 orang Tokoh Akademia Wanita UKM, terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang kepakaran mengikut fakulti dan institut masing-masing.
Madiha Abdullah
Tue Mar 16 2021
Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah (tengah) melancarkan buku Tokoh Akademia Wanita UKM, hari ini. - Foto/Facebook/UKM
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Pasangan YouTuber belanja lebih RM300,000 untuk majlis dedah jantina anak di Burj Khalifa
Pernah anda membayangkan ada orang sanggup membelanjakan lebih RM300,000 semata-mata untuk anjur majlis dedah jantina bayi mereka?