KOTA BHARU: Masih ada segelintir masyarakat seolah-olah tidak peduli serta mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di kawasan awam, meskipun kes COVID-19 di negeri ini meningkat.
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi penjaja juadah berbuka termasuk di Pintu Geng dan Pasir Tumboh di sini mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, ada pengunjung hanya meletakkan pelitup muka di dagu ketika berada di kawasan orang ramai, atau hanya memakai pelitup muka apabila mengetahui pihak polis membuat rondaan dan pemeriksaan.
"Tindakan seperti itu sebenarnya amat tidak patut dilakukan oleh masyarakat. Namun kita berharap ia boleh diberikan penambahbaikan kerana kes COVID-19 di negeri ini kian meningkat," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi penjaja di Pasir Tumboh di sini, semalam.
Shafien berkata, pihaknya mengeluarkan 18 kompaun sepanjang tiga hari operasi melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup separuh muka, rentas negeri tanpa surat kebenaran, serta satu kes makan secara 'curi-curi' di restoran dengan kadar RM10,000 setiap satu.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menentukan jumlah sebenar yang akan dikenakan kepada pesalah SOP berkenaan.
Shafien berkata, bagi memperkemaskan lagi pematuhan dan tindakan, polis akan menggunakan kaedah tersendiri termasuk dalam bentuk penyamaran serta menggerakkan kereta peronda polis (MPV) untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai.
Mengenai jumlah penjaja yang ramai serta kedudukan gerai penjaja yang agak rapat, Shafien berharap perkara itu dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
Bagi memperkemas pematuhan dan tindakan, polis Kelantan akan menggunakan kaedah tersendiri termasuk dalam bentuk penyamaran serta menggerakkan kereta peronda polis untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai. - Gambar fail
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Rentas Negeri: Guru dikompaun RM5,000 beri alasan mahu ambil buku di Kuala Terengganu
Rupa-rupanya masih ramai yang ingkar peraturan larangan merentas negeri kerana mahu menyambut lebaran di kampung halaman.
Purata iklan haram turun 50 peratus semasa PKP di Wangsa Maju - DBKL
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan purata iklan haram yang ditampal dan digantung menurun kepada 50 peratus sehari di kawasan Parlimen Wangsa Maju.
Masih degil perintah PKP, 107 tangkapan di Serdang
Serdang mencatatkan kes tangkapan yang mendadak sepanjang tempoh PKP melibatkan 107 tangkapan setakat 30 Mac menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan.
Tidak faham langsung atau degil? - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyuarakan kekecewaan beliau apabila melihat masih ada segelintir rakyat yang tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan