awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC

Bernama
Bernama
01/05/2024
02:40 MYT
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
Mohd Effendy (gambar) memetik Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika membentangkan kertas putih di Dewan Rakyat tahun lepas, terdapat 10 peratus lagi pekerja formal menerima gaji di bawah kadar minimum iaitu RM1,500 sebulan.
IPOH: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan agar lebih agresif dalam menangani isu majikan yang culas untuk menggajikan pekerja mengikut pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,500 yang telah berkuat kuasa dua tahun lepas.
Presidennya Mohd Effendy Abdul Ghani berkata MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil atau sering mencari jalan untuk mengurangkan kos penggajian.
"Seperti yang dinyatakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat tahun lepas, terdapat 10 peratus lagi pekerja formal menerima gaji di bawah kadar gaji minimum iaitu RM1,500 sebulan," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Makan Malam MTUC dan Sambutan Hari Pekerja 2024 yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan.
Sebelum ini Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
Bagaimanapun melalui peraturan sebelum ini, penguatkuasaan PGM bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja ditangguhkan dari 1 Jan 2023 kepada 1 Julai 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majikan
#gaji minimum
#MTUC
#Dasar Gaji Progresif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan