awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih berbaki 40 pesawah di Pekan masih belum terima bantuan TBTP

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
04/06/2022
04:49 MYT
Masih berbaki 40 pesawah di Pekan masih belum terima bantuan TBTP
Keadaan tanaman padi di Ganchong dilanda banjir. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Dianggarkan hanya berbaki 40 daripada 1,203 pesawah di daerah Pekan yang layak selepas terjejas dengan musibah banjir masih belum menerima bantuan Tabung Bencana Padi (TBTP) setakat 31 Mei lalu.
Menurut Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan, Muhamad Khalil Idris, bantuan tersebut gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka kerana mengalami masalah akaun bank.
"Saya difahamkan 94.49 peratus pesawah Pekan sudah menerima bantuan terbabit dan hampir enam peratus yang gagal menerima bantuan terbabit disebabkan akaun bank pesawah terbabit telah dormant (tiada aktiviti), akaun ditutup atau menggunakan akaun orang lain.
"Saya mengetahui masalah itu selepas menerima aduan daripada pesawah Pekan pada 19 Mei lalu berhubung kelewatan bayaran bantuan TBTP," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, pihaknya bersama Agrobank sedang berusaha mengatasi masalah ini termasuklah menjejaki pesawah yang mempunyai akaun yang bermasalah.
"Saya telah berhubung dengan pegawai AgroBank dan IADA Pekan bagi mendapat penjelasan lebih tepat untuk dimaklumkan kepada semua pesawah yang terlibat.
"Saya difahamkan RM3.21 juta diluluskan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan TBTP untuk diagihkan kepada 1,203 pesawah di Pekan.
"Mereka yang terjejas banjir pada hujung tahun lalu dan awal tahun ini melibatkan pesawah dari Skim Pahang Tua, Ganchong dan Merchong," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap pesawah yang masih mempunyai apa-apa masalah dan imempunyai pertanyaan agar terus menghubungi pejabat IADA Pekan di talian 0 9-426 0346.
Topic Berkaitan
#Tabung Bencana Padi
#Pekan
#terjejas banjir
#IADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan