Penambahan bilangan anggota UMNO dan pendaftar ahli baharu sejak kebelakangan ini membawa masej jelas bahawa masyarakat Pagoh masih lagi bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu mereka selama ini.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata masyarakat Pagoh masih setia dan sayangkan parti UMNO walaupun pemimpin bertukar dan hanya sebilangan kecil sahaja iaitu lebih kurang 10 peratus anggota UMNO yang tukar parti.
"Sehingga kini, UMNO Pagoh telah mendaftar 1,800 anggota baharu dan juga mendaftar 2,000 ahli sebagai pengundi baharu menerusi usaha yang dilakukan UMNO Bahagian Pagoh.
"Keadaan ini jelas membuktikan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mendaftar seramai 3,000 ahli baharu di Pagoh baru-baru ini adalah kurang tepat kerana masyarakat Pagoh masih lagi setia dan sayangkan parti," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis sidang media selepas merasmikan majlis kunjungan hero negara Tan Wee Kiong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung dekat sini hari ini.
Ismail, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata UMNO Bahagian Pagoh akan terus berusaha mendekati dan berkhidmat menjaga kebajikan masyarakat Pagoh dengan cara yang sihat tanpa memburukkan sesiapa.
Dalam masa sama, pihaknya tidak akan memandang rendah kewujudan PPBM di Pagoh namun ia tidak mengganggu tanggungjawab UMNO untuk terus membela dan menjaga masyarakat Pagoh.
Ismail berkata pihaknya tidak boleh menyekat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti baharunya membuka bahagian baharu PPBM dan pertama di Pagoh.
"Kami rasa terkilan dengan tindakan Muhyiddin itu adalah dengan niat untuk membunuh dan menjatuhkan UMNO sedangkan beliau sebelum ini adalah merupakan pemimpin dan ahli yang patuh kepada parti UMNO.
"Dulu beliau sentiasa menasihati kami agar sayang dan setia kepada UMNO namun malangnya kini Muhyiddin menentang UMNO sedangkan beliau naik ke peringkat tertinggi sehingga ke jawatan timbalan perdana menteri hasil daripada sokongan padu UMNO Pagoh," katanya.
Beliau berkata adalah tidak wajar Muhyiddin bertindak menubuhkan parti baharu dan selepas itu menjadi ketua bahagian parti tersebut kerana masih ramai masyakat Pagoh yang masih sayangkan beliau. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016
UMNO Bahagian Pagoh akan terus berusaha mendekati dan berkhidmat menjaga kebajikan masyarakat Pagoh dengan cara yang sihat tanpa memburukkan sesiapa. - Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.