awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih terlalu awal isytihar bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah- KP Kesihatan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
06/05/2020
09:37 MYT
Masih terlalu awal isytihar bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah- KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah. - Gambar fail
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah.
Jelasnya, perkembangan kes COVID-19 boleh berubah mengikut hari demi hari.
"Susulan tindakan agresif kerajaan dengan menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach), lebih banyak kes telah dapat dikenal pasti dan kini jumlah kes didapati sedikit menurun. Namun situasi ini masih berubah mengikut hari dan masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai rendah.
"Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"KKM ingin mengingatkan bahawa penurunan jumlah kes tidak seharusnya membuatkan masyarakat alpa dan terlalu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Malahan masyarakat diseru untuk terus mengekalkan segala usaha selama ini dalam memerangi virus ini bersama Kerajaan," katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.
KKM memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia untuk saling menjaga dan melindungi diri dari virus COVID-19 dengan mematuhi PKPB, mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun, mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.
Kementerian itu juga akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#air
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kerajaan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#rakyat
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan