KUALA LUMPUR : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan menjadikan masjid sebagai pusat transit keganasan rumah tangga.
Langkah itu bagi menyerlahkan lagi fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada segenap lapisan masyarakat meliputi keperluan psikososial dan spritual.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, projek masjid sebagai pusat transit keganasan rumah tangga adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 melalui teras Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar dengan penjenamaan Masjid Prihatin.
"Justeru, dengan kolaborasi masjid sebagai tempat pusta transit ini, maka masjid akan menghulurkan bantuan seadanya untuk meringankan dan menyelesaikan masalah tersebut sekurangnya ada tempat untuk bernaung, ada tempat untuk berlindung sementara penyelesaian yang lebih muktamad lagi dan berkesan dapat dilaksanakan.
"Saya amat sokong kerjasama ini dan kita akan cuba mengurangkan tekanan dan stress kalangan wanita akibat konflik rumah tangga untuk diselesaikan sebaik mungkin," katanya semasa sidang media bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sempena Majlis Pelancaran Masjid Sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dua buah masjid dipilih sebagai perintis program iaitu Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Al Ghufran Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail dengan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus yang disediakan.
Manakala, 12 buah masjid di Wilayah Persekutuan telah dipilih menjadi pusat aduan dan khidmat kaunseling kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan khidmat nasihat, sokongan psikologi dan kaunseling dalam usaha membina sebuah masyarakat yang harmoni di samping memperkasakan lagi komuniti melalui sokongan psikososial dan penganjuran pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran berkaitan isu-isu jenayah rumah tangga di dalam masyarakat.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, Modul Skuad WAJA telah dibangunkan Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia yang memfokuskan kepada penyampaian ilmu dan kemahiran asas psikologi dalam usaha meningkatkan keseimbangan kendiri, keluarga, komuniti setempat dan masyarakat keseluruhannya.
Setakat ini, 19 orang pegawai JAWI dan masjid telah menjalani sesi latihan Skuad WAJA awal tahun ini.
"Keganasan rumah tangga ini tidak kira waktu dan masa. Masjid ini merupakan tempat yang dekat dengan hati masyarakat. Jadi dia sudah pasti mana nak pergi. Apabila dia sampai di masjid ini, kita telah melantik 19 pegawai ini sebagai pusat aduan.
"Ada SOP-SOP tertentu apabila mereka ini sampai di masjid, dan kita hanya sebagai pusat transit sementara sebelum dipindah ke mahkamah dan dia akan dipindahkan ke pusat perlindungan wanita," kata Rina.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia sepanjang Januari hingga Disember 2020, sebanyak 5260 kes keganasan rumah tangga telah dibuka kertas siasatan.
Manakala merujuk kepada statistik Talian Kasih KPWKM, dari Januari hingga Disember 2020, sebanyak 2540 kes keganasan rumah tangga telah diterima.
Bagi empat bulan pertama untuk tahun 2021 iaitu dari Januari hingga April, sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan.
Astro Awani
Tue May 04 2021
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan menjadikan masjid sebagai pusat transit keganasan rumah tangga. - Gambar hiasan
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.