awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong

Bernama
Bernama
30/12/2025
13:51 MYT
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menerima kunjungan pelancong antaranya dari Eropah, Asia Barat dan Asia Timur, khususnya dari Jepun serta China. - Bernama
SHAH ALAM: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berjaya merekodkan kehadiran lebih 100,000 pelancong sepanjang 2025 sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi ikonik pelancongan Islam negara.
Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Datuk Muhammad Farhan Wijaya berkata angka berkenaan merangkumi kunjungan pelancong antaranya dari Eropah, Asia Barat dan Asia Timur, khususnya dari Jepun serta China yang melawat ke Selangor atau Lembah Klang.
Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan peningkatan ketara minat pelancong terhadap pelancongan berasaskan masjid, selari dengan usaha berterusan dalam memperkasakan fungsi masjid yang bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai destinasi ilmu, budaya dan seni bina Islam.
"Peningkatan jumlah pelawat ini menunjukkan masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi turut berperanan sebagai ruang menyebarkan keindahan Islam kepada semua.
"Kita melihat minat yang tinggi, terutamanya dalam kalangan pelancong bukan Islam untuk memahami seni bina, sejarah serta nilai Islam yang bersifat sejagat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Farhan berkata selain faktor seni bina, program pelancongan masjid yang dikendalikan oleh Masjid Negeri Selangor Guide (MNSG) yang tersusun turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kunjungan.
Beliau berkata pihak masjid juga menjalin kerjasama dengan agensi pelancongan, institusi pendidikan, penggiat industri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan pengalaman lawatan bersifat informatif, beretika dan menghormati sensitiviti ibadah.
"Sepanjang 2025, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk sesi lawatan berpandu, penganjuran Mosque Open Day, taklimat pelancongan masjid serta program penerangan Islam secara santai yang mesra pelawat.
"Dalam konteks pembangunan pelancongan negeri, pencapaian itu selari dengan aspirasi Selangor untuk memperkukuh segmen pelancongan berasaskan budaya dan warisan Islam. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilihat memainkan peranan strategik sebagai 'pintu masuk' kepada naratif pelancongan Islam yang lebih inklusif, sekali gus menyumbang kepada ekonomi setempat," katanya.
Muhammad Farhan berkata untuk tahun hadapan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyasarkan untuk terus memperkasakan program pelancongan berasaskan masjid secara lebih berstruktur dan mampan.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terletak di Pusat Bandar Shah Alam terkenal dengan kubah biru terbesar di Asia Tenggara serta empat menara setinggi 142.3 meter, menawarkan pengalaman pelancongan berbeza melalui seni bina Islam moden yang menggabungkan elemen Melayu dan Timur Tengah.
Selain itu, tarikan lain masjid berkenaan ialah keindahan struktur dalaman seperti kaligrafi, ukiran kayu serta susun atur ruang solat yang luas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#Sejarah Islam
#seni bina islam
#masjid sultan salahuddin abdul aziz shah
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan