KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan meraih kemenangan di Istora Senayan di Jakarta, awal pagi tadi.
Pemain ranking keempat dunia itu tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit.
Zii Jia sekali gus akan menentang pemain ranking ke-18 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long yang turut mara selepas menewaskan pemain profesional negara Cheam June Wei 21-6, 21-15.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya memerlukan 31 minit untuk menyingkirkan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-6, 23-21.
Soon Huat-Shevon akan berdepan satu lagi gandingan Denmark, Mathias Thyrri-Amelia Magelund yang turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Taiwan Chang Ko-Chi-Lee Chih-Chen 21-15, 22-20.
Keputusan sama turut dilakar oleh satu lagi beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas menewaskan gandingan Jerman Jones Ralfy Jensen-Linda Elfer 21-10, 21-10.
Kian Meng-Pei Jing akan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Aisyah Salsabila Putri Pranata yang berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan India Rohan Kapoor-Reddy Sikki 12-21, 23-21, 21-16.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Zii Jia tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit. -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: TPM adakan pertemuan dengan penasihat negara China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengguna percuma ChatGPT kini boleh akses GPT, muat naik fail
Melalui kemaskini terbaru yang ditawarkan melalui ChatGPT, kini pengguna versi percuma platform penjanaan berasaskan kecerdasan
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya di Terbuka Singapura, hari ini.
Masters Malaysia: Lee Zii Jia terkilan gagal peraga aksi terbaik
Dia kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu.
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Malaysia Masters 2024: Kesakitan kaki kekang hasrat kejuaraan Lee Zii Jia
Zii Jia terpaksa akur bahawa kejuaraan bukan miliknya apabila tewas kepada Axelsen dalam pertarungan tiga set dengan keputusan 6-21, 22-20 dan 13-21.
Malaysia Masters 2024: Peluang Zii Jia bawa pulang 'wang besar'
Zii Jia berpeluang menambah kantungnya menerusi tawaran wang tunai sekiranya bergelar juara dalam saingan Malaysia Masters 2024.
Zii Jia tak sabar nak jumpa Axelsen
Pemain di ranking nombor 10 dunia itu juga mengisytiharkan dirinya cergas untuk beraksi petang ini selepas mengalami kecederaan pada Jumaat.
Zii Jia kejutkan Antonsen untuk ke separuh akhir Malaysia Masters
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
Badminton Malaysia Masters: Zii Jia jumpa Antonsen dalam suku akhir
Lee Zii Jia, meneruskan rentak kemenangannya dengan mengatasi pemain di ranking ke-26 dunia kelahiran India, Kiran George.
Zii Jia mara ke pusingan kedua Malaysia Masters 2024
Zii Jia mengakui menjuarai Terbuka Thailand 2024 baru-baru ini membantu dirinya bangkit pada dua set terakhir untuk menumpaskan pemain China pada pusingan pertama Malaysia Masters 2024.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.