awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masukkan peruntukan membina viaduct dalam RMK13 - WWF Malaysia

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/05/2025
14:00 MYT
Masukkan peruntukan membina viaduct dalam RMK13 - WWF Malaysia
Ibu gajah yang kehilangan anaknya akibat dilanggar sebuah lori muatan ayam dalam kejadian kemalangan di JRTB Gerik-Jeli, diselamatkan pihak PERHILITAN. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Peruntukan khusus bagi membina jejambat hidupan liar atau viaduct wajar dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13.

Ringkasan AI
  • Perancangan kewangan: Pembinaan viaduct memerlukan perancangan kewangan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (2026-2030) kerana kosnya mencecah puluhan juta ringgit.Kawasan tertentu: Viaduct hanya akan dibina di kawasan tertentu yang merupakan laluan binatang di hutan belantara luas seperti di Gerik dan Jeli, bukan sepanjang lebuhraya.Pelan Induk Rangkaian Ekologi: Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) perlu diwartakan dalam Rancangan Kawasan Khas daerah untuk memastikan pembangunan yang lebih mesra hidupan liar.

Pengarah Konservasi Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Dr. Henry Chan berkata projek berkenaan memerlukan tempoh pelaksanaan yang panjang dengan kos mencecah puluhan juta ringgit.
“Kita perlu ada perancangan kewangan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (2026-2030). Pembinaan viaduct melibatkan puluhan juta ringgit untuk dibina.
“Viaduct ini hanya di kawasan tertentu sahaja untuk laluan binatang di kawasan hutan belantara luas seperti di Gerik dan Jeli.
“Kawasan hutan yang dirujuk itu adalah sepanjang 50 kilometer. Maka sudah pasti kita tidak dapat sediakan viaduct di sepanjang lebuhraya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Henry turut mencadangkan agar pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) diwartakan dalam Rancangan Kawasan Khas daerah.
Menurutnya, ini akan memboleh perancangan pembangunan yang lebih mesra hidupan liar oleh semua pihak berkaitan.
"Contohnya, institusi perbankan mesti ambil kira pembangunan oleh pihak kontraktor di CFS ini mematuhi keperluan pembinaan viaduct,” jelasnya.
Kematian seekor anak gajah akibat dilanggar sebuah lori 10 tan yang membawa muatan ayam di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) berhampiran sempadan Gerik, Perak - Jeli, Kelantan pada 11 Mei mencetuskan kesedihan mendalam dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk reaksi menyayat hati ibu gajah berkenaan.
Topic Berkaitan
#World Wildlife Fund
#gajah
#RMK13
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan