KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh masyarakat antarabangsa memberikan sokongan dan pertolongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan hak kembali ke tanah air mereka.
Beliau berkata dunia tidak boleh beralih fokus kepada isu lain termasuk dakwaan tindakan ganas pejuang Palestin tanpa melihat kepada faktor utama kekacauan yang tidak pernah diselesaikan.
"Apa sahaja jalan dipilih oleh rakyat Palestin yang teraniaya ini berpunca daripada tanah air dan harta benda mereka dirampas secara haram oleh rejim Israel.
"Oleh itu kita perlu lebih tegas mendesak dan menghalang Israel meluaskan petempatan haram mereka dan kembalikan hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
[LAPOR LANGSUNG]: Palestin terus bermandi darah, Israel mengganas
Mohamad berkata walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 2334 pada 2016, yang mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dengan membuka 293 petempatan haram di tanah milik rakyat Palestin, masih tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap negara tersebut.
Beliau berkata malah, Israel masih meneruskan tindakan ganas dengan merampas tanah rakyat Palestin seperti meroboh rumah dan mengenakan tindakan ganas membunuh serta mencederakan penduduk yang cuba mempertahankan harta benda mereka.
Menurut Mohamad tindakan itu turut diakui Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang mendakwa sekurang-kurangnya 700,000 penempatan haram dibina Israel di Tebing Barat dan Jerusalem Timur.
"Bukan sekadar tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, tetapi Kerajaan Israel juga mengumumkan langkah untuk membina sekali ganda lagi petempatan haram di wilayah yang dijajah mereka di Bukit Golan menjelang 2027.
"Hal ini kerana semenjak penubuhan negara Israel yang dilakukan secara haram dan ganas dengan merampas tanah air rakyat Palestin pada 1948, jutaan rakyat Palestin terpaksa melarikan diri ke negara jiran seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir selepas rumah dan tanah mereka dirampas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Mohamad berkata dunia tidak boleh beralih fokus kepada isu lain termasuk dakwaan tindakan ganas pejuang Palestin tanpa melihat kepada faktor utama kekacauan yang tidak pernah diselesaikan. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
UNRWA kecam keputusan Knesset Israel, beri amaran kesan buruk kepada Palestin
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengecam keputusan Israel yang melarang agensi itu beroperasi di negara berkenaan.
Pemimpin PBB bidas tindakan Israel larang UNRWA beroperasi di Palestin
Beberapa negara Eropah memberi reaksi di media sosial selepas Israel meluluskan undang-undang melarang agensi pelarian Palestin PBB, (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Palestin.
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, utara Gaza
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas.
Liga Arab adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin pada Selasa
Liga Arab mengumumkan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada Selasa di Kaherah.
Pelapor khas PBB kecam kenyataan menteri Jerman mengenai serangan ke atas rakyat Palestin
Pelapor Khas PBB mengenai Palestin, Francesca Albanese mengecam tindakan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock yang mempertahankan pengeboman Israel.
Ribuan penduduk terperangkap di utara Semenanjung Gaza akibat serangan Israel
Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak enam hari lalu.
Setahun genosid Gaza: Naratif yang tidak seimbang
Genap setahun konflik Gaza pada Isnin (7 Oktober), kebanyakan media Barat memberi tumpuan kepada serangan berterusan Israel di Gaza dan Lubnan.
Setahun genosid Gaza: Negara Islam perlu cuba hentikan perang terhadap Gaza - Kedutaan Iran
Negara Islam perlu menggunakan kesepakatan dalam menyokong rakyat Palestin sebagai peluang untuk menghentikan perang habis-habisan terhadap Gaza dan genosid oleh Israel, menurut kenyataan dari Kedutaa
Angka kematian di Gaza hampiri 41,600 orang dengan 52 lagi rakyat Palestin terkorban
Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas.