awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat diingatkan waspada kit ujian COVID-19 dijual di media sosial

Bernama
Bernama
15/01/2021
08:55 MYT
Masyarakat diingatkan waspada kit ujian COVID-19 dijual di media sosial
Ujian COVID-19 hanya boleh dilakukan oleh anggota yang telah dilatih oleh KKM. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membeli kit ujian pantas pengesanan COVID-19 yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata peringatan itu diberikan berikutan terdapat banyak penjualan kit ujian pantas COVID-19 di Facebook, yang mendakwa orang ramai boleh menjalankan ujian sendiri.
Beliau berkata kit ujian terbabit berkemungkinan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Ujian COVID-19 hanya boleh dilakukan oleh anggota yang telah dilatih oleh KKM. Prosedur ketat terutamanya di dalam penggunaan Peralatan Penggunaan Diri (PPE) dan pengurusan orang berjangkit adalah perlu.
"Maka, seseorang yang tidak terlatih, tidak boleh menjalankan ujian kerana boleh mendedahkan diri kepada jangkitan dari orang lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, orang ramai disarankan supaya mendapatkan nasihat dan ujian yang bersesuaian daripada klinik-klinik awam atau swasta yang telah dilatih oleh KKM.
Dalam perkembangan lain, Vidyananthan dalam kenyataan sama, berkata Johor buat julung kalinya menghantar seramai 106 pesakit positif COVID-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, semalam.
Menurut beliau, pesakit warga asing itu dihantar ke MAEPS melalui Pejabat Kesihatan Daerah Muar untuk menjalani rawatan selama 10 hari dengan penghantaran diselaraskan bersama Pejabat Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kit ujian
#COVID-19
#dijual
#jualan
#media sosial
#palsu
#hati-hati
#Johor
#EXCO Johor
#r vidyananthan
#Facebook
#kit diy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan