awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat dinasihat jangan taasub kepada mana-mana individu - Mohd Na’im

Bernama
Bernama
22/02/2024
08:02 MYT
Masyarakat dinasihat jangan taasub kepada mana-mana individu - Mohd Na’im
Semua pihak diminta merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) berkaitan apa-apa urusan pentauliahan melibatkan pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Masyarakat terutamanya umat Islam dinasihatkan supaya tidak terlalu taasub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata semua pihak diminta merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) berkaitan apa-apa urusan pentauliahan melibatkan pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam.
"Ketaksuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat.
"Sikap taasub akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Na'im dalam pada itu berkata JPM (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan oleh sebuah akhbar tempatan berkaitan "Eksploitasi Nasab Suci Nabi".
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya JAIN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan oleh akhbar tersebut.
"JPM (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan yang tertentu," katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata kehadiran lelaki warga Algeria Mawla Muhammad Amin al-Idrisi yang mendakwa sebagai cicit Nabi Muhammad SAW ke negara ini untuk memberi ceramah agama, akan terus dipantau rapi.
Beliau berkata jika lelaki warga Algeria itu dikesan melakukan aktiviti menyalahi undang-undang, maka pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri untuk mengambil tindakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#taksub kepada individu
#Menteri Agama
#Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
#pentauliahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan