awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat dunia buka mata, tolak kebencian antara agama - Mufti Perlis

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/03/2019
02:35 MYT
Masyarakat dunia buka mata, tolak kebencian antara agama - Mufti Perlis
Tragedi serangan pengganas ke atas Christchurch minggu lalu menuntut masyarakat seluruh dunia menolak sikap kebencian antara agama, ujar Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. - Gambar fail
Tragedi serangan pengganas ke atas Christchurch minggu lalu menuntut masyarakat seluruh dunia menolak sikap kebencian antara agama, ujar Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Malah, ia memberi mesej penting kepada media massa agar mengelak daripada menimbulkan Islamophobia di kalangan masyarakat.
"Kita umat Islam memang bercukacita dan apa berlaku hasil peranan media massa yang menimbulkan Islamophobia. Maka kita harap ia akan membuka mata masyarakat dunia bahawa berita dan kempen ini perlu dihentikan.
"Kebencian antara agama ini berlaku dalam 10 tahun kebelakangan ini, namun sebelum itu masyarakat hidup dengan aman dan kenal antara satu sama lain.
"Namun hasil kempen (Islamophobia) ini, kumpulan berhaluan kanan yang berlebihan ini sebabkan perkara itu berlaku," kata Mohd Asri semasa dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Maza dalam pada itu turut mengagumi pendekatan yang diambil Perdana Menteri New Zealand dan warganya yang berjaya mewujudkan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum dan agama.
"Ia merupakan satu tragedi. Namun, di sebaliknya itu ada hikmahnya. Barangkali ini hikmah yang besar apabila kita lihat kerajaan New Zealand yang sebelum ini terkenal dengan begitu aman dalam dunia.
"Namun, bagaimana kerajaan New Zealand mengendalikan hal dan tragedi ini sungguh mengagumkan. Perdana Menterinya, rakyatnya menunjukkan satu counter narrative secara tindakan, bahawa kebencian ke atas perbezaan agama itu sepatutnya dihapuskan dan mereka bertindak begitu matang," ujar beliau.
View this post on Instagram
May Allah bless you and guide your heart. We love you and appreciate the way you are handling the tragedy. Your leadership is amazing. @jacindaardern
A post shared by Dr MAZA (@drmaza_official) on
Mar 20, 2019 at 4:30pm PDT
Justeru, Mohd Asri menyarankan umat Islam belajar dengan apa yang dilakukan komuniti New Zealand dan menunjukkan identiti baik Islam.
"Itu contoh yang baik yang ditunjukkan kerajaan New Zealand. Bagaimana sikap kita umat Islam. Apa yang berlaku itu adalah sikap anti banyak - anti agama, anti kaum lain, anti imigran dan seumpamanya.
"Kita ada tak sikap itu di kalangan umat Islam, yang akhirnya kita membawa kita menghalalkan (darah) kaum lain? Kalau tak suka hal itu kepada umat Islam, maka kita jangan lakukan hal itu kepada orang lain.
"Islam begitu jelas mengharamkan diskriminasi antara kaum dan agama. Umat Islam ada suatu cabaran kepada mereka," tambahnya.
Tambah Mohd Asri lagi, agama tidak sepatutnya dijadikan eksklusif, sebaliknya perlu bersifat inklusif.
"Kita kena benarkan orang mendekati kita, masuk ke masjid kita. Kadang-kadang dalam Malaysia ini, apabila ada yang masuk masjid, sudah jadi isu pula.
"Kita nak orang faham kita, fiqah-fiqah kita perlu lebih terbuka, zakat umpamanya. Boleh juga fikir untuk bukan Islam, bukan sahaja untuk Muslim," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#agama
#Astro
#Astro Awani
#Christchurch
#haluan kanan
#Islam
#Islamophobia
#Media
#Mohd Asri Zainul Abidin
#New Zealand
#newzealandberkabung
#Perdana Menteri
#Perlis
#serangan pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan