Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland

Trump berhujah bahawa penempatan Pengawal Negara ke kawasan yang ditadbir oleh Parti Demokrat itu perlu berikutan peningkatan kadar jenayah. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu bahawa pentadbirannya akan menarik keluar anggota Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles dan Portland, beberapa hari selepas Mahkamah Agung AS memutuskan keputusan yang tidak menyebelahi pentadbirannya, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Donald Trump akan menarik keluar anggota Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, dan Portland selepas keputusan Mahkamah Agung AS tidak menyebelahi pentadbirannya.
- Trump menyatakan Pengawal Negara membantu mengurangkan kadar jenayah, tetapi kawasan tersebut mungkin 'hancur' tanpa campur tangan Kerajaan Persekutuan.
- Pengumuman Trump berlaku selepas Mahkamah Agung menolak rancangannya untuk menghantar Pengawal Negara ke Chicago, dipersoalkan pula motif politik di sebalik tindakan tersebut.
Pengumuman itu dibuat hanya beberapa hari selepas Mahkamah Agung menyekat rancangan Trump untuk menghantar Pengawal Negara ke Chicago bagi melindungi ejen Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam AS.
Trump berhujah bahawa penempatan Pengawal Negara ke kawasan yang ditadbir oleh Parti Demokrat itu perlu berikutan peningkatan kadar jenayah, manakala pihak Demokrat pula mempersoalkan motif politik di sebalik langkah berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


