awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat harus diberi maklumat tepat mengenai vaksin COVID-19 - Wilson Ugak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/07/2021
11:57 MYT
Masyarakat harus diberi maklumat tepat mengenai vaksin COVID-19 - Wilson Ugak
Wilson Ugak Kumbong memohon kerajaan menambah jumlah pakar kesihatan awam di seluruh Sarawak dalam kadar segera.
KUALA LUMPUR: Pendidikan dan maklumat yang tepat mengenai sesuatu vaksin harus disampaikan kepada masyarakat.
Menurut Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, ini bagi mengelakkan kekeliruan fakta yang ditularkan pihak tertentu mengenai sesuatu vaksin khususnya jenis Sinovac di media sosial.
‘’Saya ingin memohon agar kementerian memberi pendidikan yang khususnya kepada golongan masyarakat khususnya buat mereka yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.
‘’Ini kerana baru-baru ini tular di media sosial bahawa terdapat percubaan yang cuba mengelirukan orang ramai dengan memberikan persepsi negatif pada mereka yang diberikan vaksin Sinovac berbanding vaksin yang lain,’’ katanya.
Selain itu, beliau juga memohon agar kerajaan menambah jumlah pakar kesihatan awam di seluruh Sarawak dalam kadar segera.
Ini kerana kepakaran golongan ini amat diperlukan bersesuaian dengan situasi semasa penularan COVID-19.
‘’Di Sarawak hanya tiga orang iaitu di hospital bahagian Sibu, Miri dan Kuching sahaja yang memiliki jawatan tersebut.
‘’Keperluan ini sangat penting selaras dengan perkembangan penyakit berjangkit yang kini sedang berleluasa.
‘’Ini kerana kita tidak bila pandemik ini akan berakhir maka keperluan penempatan pegawai itu adalh perlu disegerakan,’’ tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa sesi Mesyuarat Khas Parlimen (Dewan Rakyat) pada Rabu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin COVID-19
#Vaksin Sinovac
#COVID-19 di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#Pakar Kesihatan Awam
#Mesyuarat Khas Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan