JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan 2,132 kompaun bernilai RM1.017 juta menerusi operasi penguatkuasaan pembiakan nyamuk Aedes yang dijalankan sejak awal tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan tempat pembiakan seperti di kawasan rumah dapat dimusnahkan secara berterusan oleh anggota kesihatan.
"Penemuan tempat pembiakan serta tempat berisiko pembiakan di dalam rumah, masih menunjukkan masyarakat belum peka kepada keperluan pembersihan dan pemusnahan tempat berisiko untuk pembiakan nyamuk Aedes.
"Masyarakat perlu membersihkan rumah sendiri dengan melakukan aktiviti mencari dan musnah selama 10 minit di kediaman dan tempat kerja. Ini adalah bagi memastikan tiada tempat atau bekas menakung air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua pihak perlu memainkan peranan mencegah pembiakan Aedes termasuk menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik, membuang atau menutup bekas takungan air dan mengadakan gotong-royong secara berkala.
Ling berkata sebanyak 152 kes demam denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epidemiologi ke-16 berbanding 156 kes pada minggu ke-15.
"Daripada jumlah kes denggi yang dilaporkan sepanjang minggu itu, sebanyak 55 kes dilaporkan dari lokaliti wabak dan 97 kes dari lokaliti bukan wabak.
"Johor Bahru daerah yang mempunyai kes tertinggi iaitu sebanyak 111 kes, diikuti Kulai (13), Kluang (enam), masing-masing (lima) di Muar, Kota Tinggi dan Batu Pahat manakala Segamat, Pontian dan Tangkak masing-masing dua kes dan satu kes di Mersing," katanya.
Sementara itu, Ling berkata sebanyak 353 kes COVID-19 dengan subvarian XBB dilaporkan di negeri ini membabitkan sembilan daerah setakat 22 April lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata situasi kes COVID-19 di Johor masih terkawal sekali gus menjelaskan subvarian BF.7 dan XBB 1.16 masih belum lagi dilaporkan di negeri berkenaan.
"Daerah Johor Bahru merekodkan jumlah tertinggi kes COVID-19 subvarian XBB iaitu sebanyak 200 kes.
"Seterusnya daerah Muar sejumlah 33 kes, Kulai (28 kes), Batu Pahat (23 kes), Kluang (22 kes), Kota Tinggi (20 kes), Tangkak (14 kes), Pontian (11 kes) dan Segamat (2 kes)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023
Semua pihak perlu memainkan peranan mencegah pembiakan Aedes termasuk menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik, membuang atau menutup bekas takungan air dan mengadakan gotong-royong secara berkala. - Gambar hiasan
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
Jumlah kes demam denggi menurun, tiga kematian dilaporkan - KKM
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,268 kes pada Minggu Epidemiologi ke-9 (ME9) iaitu dari 25 Feb hingga 2 Mac lepas berbanding 3,572 kes pada minggu sebelum itu.
Malaysia, tiga lagi negara laksana kajian guna semula Nelfinavir untuk rawat demam denggi - Dzulkefly
Malaysia bersama Brazil, India dan Thailand sedang melaksanakan kajian bagi penggunaan semula ubat Nelfinavir untuk rawatan penyakit demam denggi.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat pada ME02, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,525 kes pada Minggu Epidemiologi ke-02 (ME02) 2024 iaitu bagi tempoh 7 Jan 2024 hingga 13 Jan 2024 berbanding 3, 181 kes pada minggu sebelumnya.
10 lokaliti tambahan bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia tangani isu denggi
Usaha yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya.
Banjir: Kes demam denggi catat peningkatan di Kelantan
Pasca banjir di Kelantan menyaksikan terdapat kes deman, penyakit kulit yang disebabkan air yang tercemar dan demam denggi.
Kes denggi turun 6.8 peratus, empat kematian pada ME52
Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,715 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME52) iaitu bagi tempoh 24 hingga 30 Dis lepas, berbanding 2,913 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes denggi meningkat 11.2 peratus, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat 11.2 peratus kepada 2,988 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48) iaitu bagi tempoh 26 Nov hingga 2 Dis lepas.