awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump: Venezuela akan pindahkan sehingga 50 juta tong minyak ke AS
Tiada kompromi isu disiplin, integriti - Panglima Tentera Udara
Peniaga makanan ala Barat mengaku tidak bersalah langgar doktor hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat Selatan Thailand harap peranan Malaysia ditingkatkan - Pemerhati tempatan

Shafizan Johari
Shafizan Johari
09/08/2025
11:12 MYT
Masyarakat Selatan Thailand harap peranan Malaysia ditingkatkan - Pemerhati tempatan
Profesor Dr Ahmad Omar Chapakia, menyifatkannya sebagai perkembangan positif yang telah lama dinantikan oleh masyarakat di wilayah tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Masyarakat Selatan Thailand menyambut baik kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan usaha untuk mendamaikan wilayah berkenaan.

Ringkasan AI
  • Masyarakat Selatan Thailand menyambut baik kesediaan Malaysia untuk meningkatkan usaha mendamaikan wilayah tersebut, dengan harapan peranan Malaysia ditingkatkan daripada fasilitator kepada mediator rasmi.
  • Ramai masyarakat Melayu di wilayah itu berharap Malaysia dapat menghentikan putaran keganasan dan menyuburkan keamanan secara lebih proaktif dan konstruktif.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Malaysia untuk mempertingkat usaha damai, termasuk memartabatkan pengajian Islam dan Bahasa Melayu di wilayah berkenaan.

Timbalan Rektor Universiti Fatoni (Fatoni University), Profesor Dr Ahmad Omar Chapakia, menyifatkannya sebagai perkembangan positif yang telah lama dinantikan oleh masyarakat di wilayah tersebut.
“Masyarakat terbanyak di Selatan Thailand sentiasa menantikan perkembangan positif dalam proses dialog damai.
“Kami berharap kesediaan Malaysia untuk meningkatkan usaha mendamaikan Selatan Thailand akan membawa titik perubahan positif,” katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, banyak pihak di Selatan Thailand bersetuju jika peranan Malaysia ditingkatkan daripada hanya sebagai fasilitator kepada tanggungjawab lebih formal sebagai mediator.
Beliau juga menyatakan, hasil tinjauannya mendapati, ramai masyarakat Melayu Selatan Thailand sangat berharap dengan keberkesanan penglibatan (inisiatif) Malaysia untuk menghentikan putaran keganasan di wilayah terbabit
”Mereka mahu Malaysia memainkan peranan yang lebih proaktif dan konstruktif dalam usaha menyuburkan keamanan di sini,” jelas beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyatakan bahawa Malaysia bersedia untuk mendamaikan konflik di Selatan Thailand dan berusaha menghentikan ketegangan di antara kedua-dua pihak yang bertelagah.
Beliau berkata Malaysia akan mempertingkat usaha mencari kedamaian di wilayah itu agar pengajian Islam dapat diteruskan dan Bahasa Melayu terus dimartabatkan.
Malaysia kini merupakan fasilitator untuk Dialog Damai Selatan Thai dan kali terakhir dialog diadakan ialah pada Mei 2024 di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#selatan thailand
#Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Dr Ahmad Omar Chapakia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan