KUALA LUMPUR: Sekitar pukul 5.57 pagi tadi, karyawan filem veteran, Ahmad Ibrahim atau lebih tersohor dengan panggilan Mat London menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Allahyarham Mat London yang berusia 74 tahun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata anaknya, Salmany Akir Ahmad dalam hantaran di akaun Faceboknya.
"Sesudah laungan azan subuh... Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat," tulisnya.
Pada Khamis, dalam hantaran di Facebooknya juga, Salmany memaklumkan ayahnya mengenai keadaan ayahnya yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM)semakin nazak.
"Malam ini agak suram dan syahdu. Di kala nak menaip posting ini pun jari jemari terketar-ketar.
"Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan Papa. Papa baik orangnya. Ramai orang senang, sayang dengan Papa.
"Malam ini, aku tengok Papa sudah semakin lemah. Bacaan surah Yassin yang termampu aku buat untuk Papa.
"Kami, anak-anak, menantu dan cucu semua sayang Papa. Kami doakan Papa," tulisnya.
Jenazah pelakon dan pengarah popular itu juga akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
Allahyarham Mat London sebelum ini dirawat di ICU, HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.
Media difahamkan, juga terpaksa ditidurkan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya sangat lemah.
"Papa dimasukkan ke hospital pada 13 Jun lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru selepas mengadu tidak bermaya.
"Selepas dirawat di wad biasa, papa kemudian dipindahkan ke wad pengasingan. Berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, papa dipindahkan ke wad ICU untuk pemantauan rapi.
"Dan keadaan bertambah kritikal selepas papa tidak memberi sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan separuh sedar.
"Susulan paras oksigen yang rendah dan kadar degupan jantungnya lemah, papa terpaksa ditidurkan pada 26 Jun lalu," katanya menantu Allahyarham, Muhamad Daniel Ahmad..
Tambah Daniel, selain jangkitan paru-paru dan keupayaan jantung untuk mengepam darah sangat lemah, Allahyarham bapa mertuanya juga mengalami masalah buah pinggang.
Astro Awani
Fri Jul 14 2023
Karyawan filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di ICU, Hospital Kuala Lumpur sekitar pukul 5.57 pagi tadi.
Polis aktifkan pusat sehenti jemaah haji terkandas di KLIA
Sebanyak 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas memulakan tugas selama 11 hari, beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam, 21 Jun.
Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled
Syarikat luar yang berhasrat menjadi pembekal aset ketenteraan Malaysia perlu bersedia untuk membantu negara ini membangunkan sektor tertentu bagi menyumbang kepada industri pertahanan tempatan.
Steven Sim ketuai delegasi ke Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva
Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa Sesi (ILC) ke-112 berlangsung pada 10 hingga 14 Jun di Geneva, Switzerland.
Penyasaran subsidi untuk selamatkan negara - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi adalah untuk menyelamatkan negara.
[TERKINI] PM tidak jemu ingatkan penjawat awam kekang rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan jemu mengulangi peringatan mengekang amalan berlaku ketirisan dan rasuah dalam kalangan penjawat awam di bawah pentadbirannya
50 kanak-kanak kurang zat makanan, kebuluran dalam seminggu
Lima puluh kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan kebuluran di utara Gaza, susulan 'pembunuhan beramai-ramai berterusan' tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Adik perempuan Kim Jong Un beri amaran kepada Korea Selatan
Adik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, Kim Yo Jong, memberi amaran tentang tindak balas baru terhadap Korea Selatan sekiranya Korea Selatan terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Jong-un.
Kalah teruk dalam pilihan raya EU, PM Belgium letak jawatan
Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo meletakkan jawatan selepas partinya mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah (EU) pada Ahad
Ketua sayap kanan Perancis sambut baik pembubaran Parlimen
Pemimpin sayap kanan Perancis, Marine Le Pen pada Ahad menyambut baik pengumuman Presiden Emmanuel Macron
Nilai jualan sektor pembuatan meningkat, tertinggi dalam tempoh 13 bulan
Peningkatan ini mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 bulan berikutan kesan nilai asas yang lebih rendah.
FDAM rayu benarkan penggambaran
Ahmad berkata anggaran 50 syarikat penerbitan mengemukakan permohonan penggambaran filem, iklan dan program televisyen setiap bulan sebelum PKP dikuatkuasakan.
Pelakon perlu bijak dan berilmu - Mat London
Pengarah filem dan drama, Dr Ahmad Ibrahim melihat masa depan artis tanah air yang perlu diserap dengan ilmu asas sebagai pelakon.