awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JBPM terima 3565 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 hingga 30 Januari
Kerajaan Negeri Sembilan tidak kompromi isu rasuah PBT - Aminuddin
AKPS rampas pelbagai jenis bahan makanan tidak ikrar di Bukit Kayu Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat rempit ambang tahun baharu kena kepung

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2020
08:17 MYT
Mat rempit ambang tahun baharu kena kepung
Lebih 300 penunggang motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan sempena malam ambang tahun baru yang dilakukan pagi tadi. - Gambar SINAR HARIAN
Lebih 300 penunggang motosikal dikepung dalam Ops Samseng Jalanan sempena malam ambang tahun baharu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, polis mengeluarkan lebih 400 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, menunggang motosikal secara berbahaya dan ubah suai motosikal yang keterlaluan.
Menurutnya, turut ditahan beberapa remaja bawah umur termasuk 10 penunggang motosikal wanita di kawasan lebuh raya berkenaan awal pagi tadi.
"Seramai 339 penunggang motosikal dan 146 pembonceng motosikal ditahan dalam operasi selama tiga jam yang bermula pada jam 3 pagi tadi.
"Lebih 300 penunggang motosikal ditahan dalama Ops Samseng Jalanan sempena malam ambang tahun baru yang dilakukan pagi tadi.
"Lebih 300 penunggang motosikal ditahan dalama Ops Samseng Jalanan sempena malam ambang tahun baru yang dilakukan pagi tadi.
"Kita juga merampas sembilan motosikal yang ditinggalkan penunggang kerana melarikan diri. Mereka ini disyaki tidak mempunyai lesen atau melakukan kesalahan lain," katanya ketika ditemui di lokasi operasi.
Anbalagan berkata, kesemua yang ditahan itu akan menjalani ujian saringan air kencing bagi mengesan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Katanya, polis turut memanggil ibu bapa dan waris kepada remaja bawah umur untuk diambil keterangan kerana membiarkan anak-anak keluar pada awal pagi selain membenarkan mereka menggunakan motosikal tanpa mempunyai lesen yang sah.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 42(1) akta yang sama," katanya.
Topic Berkaitan
#kena kepung
#malam ambang
#mat rempit
#pulau pinang
#tahun baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan