awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 maut bas bertembung lori di Brazil
'Biar UMNO jadi pembangkang, kita rampas kembali kerajaan pada PRU16' - Akmal Saleh
Keluar pandangan demi kepentingan rakyat, elak polemik tidak perlu - Kamil Munim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat rempit 'berpesta' di kawasan banjir takkan terlepas tindakan - Polis

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2020
06:08 MYT
Mat rempit 'berpesta' di kawasan banjir takkan terlepas tindakan - Polis
Musim banjir bukan untuk sesiapa bersikap acuh tidak acuh dalam aspek keselamatan dan kesihatan. - Gambar hiasan
KEMAMAN:Musim banjir bukan 'tiket' kepada golongan rempit berpesta dikawasan bencana itu dengan melanggar peraturan jalan raya.
Golongan itu juga usah berasa kebal akan terlepas dari tindakan undang-undang walaupun pihak polis masih bertugas membantu mangsa banjir.
Itu peringatan Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik kepada golongan rempit yang masih meneruskan aktiviti tidak berfaedah itu ketika masih berdepan dengan bencana banjir.
Menurut Roslee pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah yang dikesan melanggar peraturan walaupun di kawasan kampung.
“Mereka ini dalam musim-musim banjir ni lah mereka nak main motor, tapi SOP kena jaga.. undang-undang pun kena patuhi.
“Kalau mereka langgar undang-undang, kita ambil tindakan. (Sama) macam jalan-jalan kampung atau jalan bandar raya, kalau tidak ada lesen kita ambil tindakan.,” ujar Roslee.
Beliau berkata, pihaknya akan memperketatkan lagi rondaan di kawasan-kawasan yang dinaiki air dalam usaha mencegah golongan remaja khususnya 'mat rempit' daripada terus bermaharajalela dengan aksi mereka.
Jika dikesan mereka tidak mempuyai lesen, tidak memakai topi keledar dan sebagainya tindakan lanjut akan diambil.
Sementara itu, Roslee berkata orang ramai juga perlu menghentikan sebarang aktiviti berdekatan kawasan air sepanjang musim tengkujuh ini.
Tegasnya, ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak mereka agar tidak mandi di kawasan banjir termasuk sungai dan pantai.
Topic Berkaitan
#mat rempit
#banjir
#bencana
#undang-undang
#polis
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan