awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2024
00:40 MYT
Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Mohamad (dua, kanan) menyerahkan buah durian kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) di Bangunan Parlimen semalam. - Foto Sinar Harian/Facebook Mohamad
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Selasa mengagihkan buah durian kepada ahli-ahli Parlimen di Bangunan Parlimen sebagai sebahagian daripada Kempen Jom Makan Buah-buahan Tempatan.
Mohamad berkata, durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.
"Inisiatif itu bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghargai keunikan buah-buahan tempatan dan menyokong industri pertanian negara.
"Oleh itu, saya ingin mengajak semua pihak agar menyokong usaha ini dengan mengutamakan hasil keluaran tempatan demi memperkukuhkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat," katanya dengan berkongsi gambar penyerahan buah-buahan tersebut di Facebook semalam.
Program itu diperkenalkan pada 2017 sebagai salah satu usaha mempromosi buah-buahan tempatan dan produk berasaskan buah-buahan.
Ia juga bertujuan untuk menyokong petani tempatan dan mengurangkan ketergantungan terhadap buah import selain memperkenalkan kepelbagaian buah-buahan tempatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#durian
#ahli Parlimen
#Kempen Jom Makan Buah-buahan Tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan