Pada satu sidang media sebelum PRU14, seorang wartawan bertanya jika Presiden Amanah, Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan.
Soalan wartawan itu disambut dengan gelak ketawa kerana berasakan Mohamad Sabu atau Mat Sabu tiada kelayakan sesuai untuk jawatan berkenaan.
Dalam Kabinet Bayangan dikemukakan oleh ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim itu, Mat Sabu diletakkan mengisi jawatan tersebut.
Itu cerita sebelum PRU14. Lain yang berlaku selepas PRU14. Atau dengan kata lain, apabila Mat Sabu menang kerusi Parlimen Kota Raja.
Tiba-tiba nama beliau diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anggota Kabinet kerajaan Malaysia yang baharu.
Mat Sabu diumumkan sebagai Menteri Pertahanan!
Satu Malaysia terkejut. Satu Malaysia riuh. Masing-masing tidak menyangka Mat Sabu akan mendapat jawatan tersebut. Masing-masing menjadikan beliau sebagai bahan jenaka sama ada di media sosial atau alam realiti.
Bukan tugas mudah bergelar menteri pertahanan kerana semua sistem pertahanan dan keselamatan kini berada di bawah kawalan dan seliaan beliau.
VIDEO: Tun Mahathir umum tiga Menteri terpenting dalam Kabinet
BACA: Mat Sabu anggap mandat sebagai Menteri Pertahanan satu cabaran besar
Di pentas politik, Mat Sabu merupakan seorang tokoh politik yang cukup terkenal dengan kelantangannya dan sering menjadi daya penarik di pentas ceramah.
Aksi bersahaja beliau selalu mengundang derai tawa orang ramai termasuk hidangan cerita-cerita panas dan kontroversi berkaitan politik tanah air.
Seminggu sebelum PRU14, seorang individu yang mengaku ahli Amanah telah membuat sidang media meminta Mat Sabu membuat penjelasan mengenai beberapa rakaman audio didakwa lelaki tersebut sebagai 'skandal' bersama bukti screen shot perbualan melalui WhatsApp dengan seorang wanita.
Mat Sabu bagaimanapun tidak memberikan sebarang tindak balas. Undi yang beliau peroleh langsung tidak terjejas, malah di luar jangka apabila menang besar di Kota Raja dengan majoriti 71,142 undi.
Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, anak jati Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran dalam jurusan pemakanan di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau berkahwin dengan Normah Alwi dan mempunyai empat anak.
BACA: TERKINI! PM umum Menteri, Guan Eng Menteri Kewangan, Mat Sabu Pertahanan, Muhyiddin KDN
BACA: PKR anggap pengumuman menteri tidak muktamad - Rafizi
Kerjaya politik Mat Sabu bermula apabila beliau menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada 1975 sebelum menganggotai Pas pada 1981.
Ketika dalam Pas, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal 2013 hingga 2015, Naib Presiden Pas dan Timbalan Ketua Pemuda Pas bagi dua penggal, 1989 hingga 1991 dan 1993 hingga 1995.
Beliau juga antara pemimpin yang pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA (Internal Security Act) pada 1984 sehingga 1986 atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau dan kali kedua dari 1987 hingga 1989 di tahan bawah Operasi Lalang dilancarkan polis bagi menangkap mereka yang menimbulkan kekacauan akibat isu politik ketika itu.
Selain itu, Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan dari 1990 hingga 1995, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dari 1995 hingga 1999 dan Ahli Parlimen Kuala Kedah di Kedah dari 1999 hingga 2004.
Pada 16 September 2015 Mat Sabu menubuhkan parti Amanah dan menjadi presiden pertama sebelum bergabung dengan Pakatan Harapan.
Kini, sesiapa yang mentertawakan beliau boleh menelan balik ejekan-ejekan itu kerana Mat Sabu sudah pun menjadi Menteri Pertahanan!
Sinar Harian
Sat May 12 2018
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan di dalam kabinet kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan. --fotoBERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.