awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATA cadang bentuk jawatankuasa khas babit NGO pelancongan, LADA

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
16/09/2021
14:35 MYT
MATA cadang bentuk jawatankuasa khas babit NGO pelancongan, LADA
Presiden MATA, Mohd Khalid Harun memaklumkan, jawatankuasa itu kelak akan mengkaji dan memberi maklum balas yang bertujuan memperbaiki kekurangan serta mutu perkhidmatan bagi projek perintis gelembung pelancongan.
LANGKAWI: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mencadangkan satu jawatankuasa khas dibentuk membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelancongan dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Presiden MATA, Mohd Khalid Harun memaklumkan, jawatankuasa itu kelak akan mengkaji dan memberi maklum balas yang bertujuan memperbaiki kekurangan serta mutu perkhidmatan bagi projek perintis gelembung pelancongan.
Berdasarkan hari pertama gelembung pelancongan domestik, beliau berkata, masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan dalan usaha menyambut kedatangan pelancong.
"Sebagai contoh, apa yang saya amati di sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke tempat penginapan, Pulau Langkawi ini seolah-olah belum lagi bersedia menerima pelancong dengan landskap yang tidak dijaga rapi... rumput panjang dan daun-daun kering berguguran di sepanjang jalan. Ini sedikit sebanyak akan mencacatkan pandangan pelancong.
"Sebagai pulau pelancongan, ini perlu dititikberatkan bagi menggamit lebih ramai pelancong dengan menonjolkan kebersihan serta landskap yang indah dan bertaraf dunia," ujarnya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Selain itu, beliau mencadangkan pemilik penginapan menambah baik mutu sambutan terhadap tetamu antaranya dengan menyediakan minuman dan penyambut tetamu lengkap berseragam.
"Hari ini adalah hari yang pertama bagi projek perintis gelembung pelancongan domestik, maka saya percaya maklum balas yang saya berikan ini akan disambut dengan hati yang terbuka oleh setiap pemain industri pelancongan di Langkawi serta dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada ketika ini," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#gelembung pelancongan
#MATA
#LADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan