awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matan palsu: Suami, isteri direman lima hari

Bernama
Bernama
11/01/2023
09:08 MYT
Matan palsu: Suami, isteri direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad (15 Jan) terhadap pasangan suami isteri, masing-masing berumur 63 dan 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Seorang bekas ahli majlis sebuah badan kerajaan di Terengganu dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan wakalah dipercayai mempunyai butir matan palsu.
Perintah reman hingga Ahad (15 Jan) terhadap pasangan suami isteri, masing-masing berumur 63 dan 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di sini hari ini.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya menahan kedua-dua suspek di Pejabat SPRM Terengganu di sini semalam.
Beliau berkata suspek pertama merupakan bekas ahli majlis sebuah badan kerajaan di negeri ini manakala isterinya ialah pemilik sebuah syarikat dilantik sebagai amil zakat dan penahanan itu berhubung tuntutan wakalah dipercayai mempunyai butir matan palsu.
Menurut sumber, selain itu lantikan syarikat terbabit membolehkannya memperoleh komisen sehingga mencecah RM600,000.
Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 manakala isterinya disiasat di bawah Seksyen 18 akta sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri
#direman
#matan palsu
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan