KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi berjumlah RM281,300 kepada keluarga Benedict Thanilas yang meninggal dunia di Lokap Berpusat Jinjang, di sini, empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon membuat keputusan berhubung ganti rugi kepada isteri mendiang dan anak perempuan, N. Janagi dan B. Angeline selepas prosiding kes saman sivil keluarga tersebut terhadap kerajaan dijalankan secara dalam talian hari ini.
Keluarga itu memfailkan saman terhadap 23 pegawai dan anggota polis, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, selaku defendan, pada Julai 2020.
Mereka mendakwa kematian Benedict, 44, yang mempunyai beberapa masalah kesihatan, disebabkan kecuaian polis dalam memastikan si mati mendapat akses kepada ubat-ubatan dan rawatan perubatan lain semasa berada dalam tahanan.
Peguam keluarga tersebut, M. Visvanathan, ketika dihubungi Bernama, berkata mahkamah menetapkan bayaran RM4,000 untuk kos pengebumian, RM30,000 ganti rugi untuk kesedihan, RM91,800 bagi kehilangan saraan, RM50,000 ganti rugi untuk sakit dan penderitaan, RM100,000 ganti rugi teruk dan RM5,500 untuk kos pengeluaran surat kuasa mentadbir harta pusaka.
"Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar RM40,000 sebagai kos kepada plaintif," sambil menambah mahkamah tidak menganugerahkan sebarang ganti rugi untuk misfeasans akibat pelanggaran tugas anggota polis.
Sebelum ini, media melaporkan Benedict ditahan dan ditempatkan di lokap berkenaanpada 29 Jun 2017 kerana disyaki mengedar dadah dan dia dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 10 Julai 2017 kerana mengalami kesukaran bernafas tetapi disahkan meninggal dunia.
Tahun lepas, Koroner Mahyon Talib memutuskan wujud faktor kecuaian dan keabaian tugas oleh pihak polis yang membawa kepada kematian Benedict.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Keluarga itu memfailkan saman terhadap 23 pegawai dan anggota polis, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, selaku defendan, pada Julai 2020. - Gambar hiasan
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis
Individu berumur 33 tahun itu menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bukit Aman siasat kematian lelaki dalam tahanan polis di Kuala Kangsar
Azri berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai pesakit mental yang mengamuk dan menyerang bapanya di sebuah rumah di Kampung Temong Hilir, Kuala Kangsar pada 7 malam, semalam.
Mati dalam tahanan: Ganti rugi RM281,300 kepada keluarga Benedict
Keluarga itu memfailkan saman terhadap 23 pegawai dan anggota polis, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, selaku defendan, pada Julai 2020.
Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan
Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.
Keluarga pemandu lori mati dalam tahanan polis terima ganti rugi RM357,500
Hakim berkata tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak harta si mati secara langsung atau tidak jelas untuk tuntutan bayaran ganti rugi teladan.
Keluarga pekerja am menang saman kes kematian dalam tahanan
Pesuruhjaya Kehakiman Anslem Charles Fernandis, dalam penghakimannya pada Selasa, berkata kesemua defendan bertanggungjawab atas kecuaian yang mengakibatkan kematian Kamarulnizam pada 7 Mac 2014.
Tiada unsur jenayah kematian tahanan Penjara Sg Petani - Polis
Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Rabu mendapati R.Gopal Krisnan, 21, meninggal dunia disebabkan terdapat jangkitan kuman pada injap jantungnya.
Seminggu sudah, keluarga amat terpukul dengan pemergian Eqiey
Arwah Mohd Baihaqy Nik Mat, Laskar Kanan 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia di bilik Tahanan Sungai Wangi, Sitiawan dipercayai didera.