awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2022
11:11 MYT
Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited
Poster ucapan takziah yang dikongsikan di Facebook Pasti Malaysia pada Isnin. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Pemergian guru tadika, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, mangsa banjir yang maut akibat terkena renjatan elektrik pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat warga pendidik di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Damanhuri Dol berkata, Nor Syazwani yang mengajar di Pasti An Nur Kota Kubang Labu, Tumpat Kelantan merupakan guru yang memberi inspirasi dan komited dalam tugasan dan sumbangan kepada khidmat pendidikan anak-anak.
Menerusi hantaran di Facebook Pasti Malaysia pada Isnin, beliau turut merakamkan ucapan takziah keluarga Allahyarhamah.
“Pasti Malaysia mendoakan agar seluruh ahli keluarga Almarhumah dapat bersabar atas ujian ini. Semoga ALLAH SWT merahmati, mengampunkan dosa dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
BACA: Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Media melaporkan Nor Syazwani bersama dua orang adiknya, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27 maut pada Isnin dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan ketika keluar di sekitar rumah mereka untuk melihat banjir.
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#maut renjatan elektrik
#tiga beradik maut
#Tumpat
#Nor Syazwani Mohd Nazir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan