KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya bersedia untuk menyuntik lebih banyak dana dalam menggalakan lebih banyak syarikat penyedia modal teroka (Venture Capital) global melabur ke dalam negara.
Berdasarkan laporan, Singapura kini jauh meninggalkan Malaysia apabila kerajaan negara itu memperuntukkan RM15.5 bilion untuk modal teroka di negara tersebut sedangkan Malaysia hanya memperuntukkan RM800 juta.
Sekiranya dana tidak bertambah dan Singapura pula terus agresif meneroka bidang baharu termasuk dalam ekosistem inovasi dan ekonomi digital, Malaysia akan semakin jauh ketinggalan.
Ketua Pegawai Operasi Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP), Noor Amy Ismail berkata, Malaysia ada keupayaan untuk merapatkan jurang dengan Singapura namun usaha itu perlu dilakukan secara bersama.
“Jadi, ia adalah jurang yang sangat besar untuk kita rapatkan tapi biarlah kami usaha untuk minimakan jurang itu. Pada kami, penyelesaiannya adalah kerjasama.
“Kita kena lakukan perkara ini secara bekerjasama, bukan seorang diri. Semua kena sokong ekosistem modal teroka dan perlu diingat, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah tulang belakang kepada negara.
“Kita tidak boleh hanya melihat, tidak lakukan apa-apa, kita kena benar-benar melihat polisi kita, keseluruhan ekosistem. Tidak boleh ambil sana sikit, sini sikit. Ia tidak akan berjaya dengan cara begitu,” katanya.
Mengambil contoh pendekatan dilakukan di United Kingdom, beliau berkata terdapat tujuh kementerian sama-sama menyokong dan membangunkan program untuk IKS kerana mereka sedar kepentingan industri itu kepada negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri program MAVCAP Accelerating Opportunities for Malaysian Startups di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, bergerak ke hadapan, Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, Shahril Anas Hasan Aziz berkata Malaysia tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada Petronas untuk sumbangan dana.
“Untuk Malaysia, kita bertuah kerana kita masih lagi ada sumber asli dalam negara tapi masa akan datang, minyak makin lama makin kurang.
“Kita perlukan inisiatif baharu. Saya fikir perlu ada satu atau dua generasi yang benar-benar menjuarai bidang keusahawanan berbanding makan gaji semata-mata,” ujarnya.
MAVCAP yang ditubuhkan pada 2001 berperanan sebagai syarikat dana modal teroka yang bertujuan membangunkan ekosistem teknologi di Malaysia melalui pelaburan ke atas syarikat pemula teknologi yang berpotensi.
Ridauddin Daud
Tue Dec 13 2022
Ketua Pegawai Operasi Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP), Noor Amy Ismail dan CEO MAVCAP, Shahril Anas Hassan Aziz. - Foto MAVCAP
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.