KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan peratus atau 495 penerbangan telah merekodkan penundaan penerbangan melebihi satu jam sepanjang tempoh perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
MAVCOM dalam penemuan awal siasatan yang dikeluarkan hari ini mengenai penundaan penerbangan oleh syarikat penerbangan semasa tempoh perjalanan Aidilfitri berkata, siasatan tersebut melibatkan analisis data gangguan jadual penerbangan yang dibuat berdasarkan data yang dikemukakan syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.
Menurutnya, berdasarkan penemuan awal MAVCOM, lebih 6,000 penerbangan domestik telah dikendalikan oleh syarikat penerbangan tempatan sepanjang tempoh perjalanan Aidilfitri dari 29 April hingga 9 Mei, 2022 berbanding lebih 8,000 penerbangan domestik yang dikendalikan sepanjang tempoh perayaan itu pada Jun 2019, sebelum penularan COVID-19.
"Sepanjang tempoh perjalanan itu, AirAsia mengendalikan 2,954 penerbangan yang mana 13 peratus atau 368 penerbangan tertunda melebihi satu jam. Ini diikuti Malaysia Airlines yang mengendalikan 1,447 penerbangan dengan mencatatkan tiga peratus atau 44 penerbangan tertunda.
"Selain itu, MASwings mengendalikan 656 penerbangan dengan 10 peratus atau 64 penerbangan tertunda, manakala penerbangan Firefly turut tertunda sebanyak dua peratus atau 15 penerbangan daripada 680 penerbangan yang dikendalikan," katanya.
Katanya Batik Air (sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air) yang mengendalikan 555 penerbangan mencatatkan satu peratus atau empat penerbangan yang tertunda.
Bagi penundaan penerbangan melebihi dua jam, analisis awal menunjukkan bahawa 71 peratus atau 119 penerbangan tertunda disebabkan beberapa faktor operasi, antaranya kekurangan pesawat, perhentian penerbangan malam yang tidak berjadual disebabkan had waktu pekerjaan sah anak kapal dan kelewatan ketibaan lanjutan dari penundaan, katanya.
Suruhanjaya berkata, ini diikuti oleh faktor-faktor teknikal seperti kerosakan pesawat, penyelenggaraan mendesak yang tidak dijadualkan, serta kekurangan alat ganti atau peralatan penyelenggaraan, yang secara kolektif menyumbang kepada 25 peratus atau 41 penerbangan yang ditunda melebihi dua jam.
"Kedua-dua faktor operasi dan teknikal menyumbang kepada 96 peratus atau 160 penerbangan daripada jumlah penerbangan yang ditunda melebihi dua jam dalam tempoh perjalanan tersebut. Faktor lain disumbangkan oleh keadaan cuaca buruk," katanya.
Suruhanjaya tersebut sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai penyediaan penjagaan bagi 160 penerbangan yang ditunda melebihi dua jam untuk memastikan sama ada penjagaan seperti yang ditetapkan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) telah disediakan kepada pengguna.
Katanya pengguna yang terjejas akibat penundaaan penerbangan melebihi dua jam disebabkan faktor operasi dan teknikal hendaklah diberikan makanan, panggilan telefon dan akses Internet, selain penginapan dan pengangkutan bagi penundaan penerbangan selama lima jam atau lebih, sekiranya penginapan diperlukan oleh pengguna.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata MACPC telah ditubuhkan untuk memastikan hak-hak pengguna penerbangan sentiasa dilindungi, dan syarikat penerbangan perlu mematuhi undang-undang sedia ada
"Pengguna harus ditawarkan penjagaan secara automatik seperti yang tertakluk di bawah MACPC dan tidak perlu meminta penjagaan daripada syarikat penerbangan.
"Suruhanjaya sedang dalam proses pengesahan justifikasi yang diberikan oleh syarikat penerbangan berkaitan penyediaan penjagaan semasa penundaan penerbangan dalam tempoh yang ditinjau," katanya.
Menurut Saripuddin, MAVCOM tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan kuasanya sekiranya justifikasi yang diberikan tidak memenuhi keperluan di bawah MACPC.
Saripuddin berkata bergantung kepada jenis dan tahap ketidakpatuhan, syarikat penerbangan boleh dikenakan penalti kewangan tidak melebihi RM200,000 untuk kesalahan pertama, dan dalam hal ketidakpatuhan kedua atau yang berikutnya, suatu amaun 10 kali daripada penalti kewangan yang telah dikenakan sebelumnya bagi ketidakpatuhan terhadap MACPC.
"Sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial bagi industri penerbangan negara, adalah menjadi kewajipan kami untuk memastikan penyiasatan yang mendalam dan objektif dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil oleh suruhanjaya.
"Selaras dengan mandat kami, MAVCOM bermatlamat untuk menjadikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial dan berdaya tahan, sambil memperkasakan pengguna untuk melindungi hak-hak mereka sebagai pengguna penerbangan," katanya.
Suruhanjaya turut menggesa semua syarikat penerbangan memainkan peranan dalam mendidik pengguna mengenai hak-hak penerbangan mereka seperti yang diperuntukkan dalam perenggan 19 MACPC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

Sebanyak lapan peratus atau 495 penerbangan telah merekodkan penundaan penerbangan melebihi satu jam sepanjang tempoh perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Prosedur bedah siasat, penyimpanan mayat warga emas dilapor hilang ikut polisi KKM
Prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman.

49 individu beragama Islam ditahan minum arak
DBKL turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap sebuah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Siri Antarabangsa Singapura: Gavin dahului hari kedua
Gavin melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya.

Bot karam Redang: Pencarian dua lagi nelayan hilang dihentikan
operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Warga Pakistan jadi pendaki termuda dunia takluk puncak melepasi ketinggian 8,000m
Shehroze Kashif kini menjadi pendaki gunung termuda di dunia yang berjaya mendaki 10 puncak gunung yang melebihi 8,000 meter.

PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin
Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin bermesyuarat pada 7 Jun untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan.

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Cuepacs berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

Jangan lewatkan kelulusan pekerja asing - FMM
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan agar prosedur permohonan semasa untuk kelulusan pekerja asing dikekalkan bagi menjamin kelicinan keputusan.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Trafik penumpang udara cecah 8.7 juta pada separuh pertama 2022 - MAVCOM
Jumlah trafik penumpang udara bagi suku pertama 2022 mencapai 8.7 juta, jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Roger Tan, Wan Kamaruzaman dilantik anggotai Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
Pelantikan sebagai Pesuruhjaya MAVCOM berkuat kuasa Jun 2025.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

MAVCOM: Lapan peratus atau 495 penerbangan tertunda lebih sejam semasa Aidilfitri
Sebanyak lapan peratus atau 495 penerbangan telah merekodkan penundaan penerbangan melebihi satu jam sepanjang tempoh perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Tiket penerbangan untuk sambutan Tahun Baharu Cina 2023 tidak semahal seperti didakwa - Wee
Semakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, kos penerbangan AirAsia membabitkan destinasi tersebut adalah RM196 pada 19, 20 dan 21 Jan.

MAVCOM gesa pengguna terjejas kemuka aduan isu penjadualan semula penerbangan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggesa pengguna yang terjejas oleh perubahan jadual penerbangan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan berkaitan.

MAVCOM arahkan syarikat penerbangan serah data gangguan jadual penerbangan
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim data tersebut diperlukan untuk mendapatkan informasi yang objektif, tepat dan menyeluruh berkenaan isu tersebut.

Isu kelewatan penerbangan: AirAsia akan beri penjelasan dalam 24 jam - Alexander Nanta Linggi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ambil maklum rungutan, aduan dan keluhan pengguna berhubung AirAsia.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

MOT, MAVCOM, MAHB sedia pertimbang permohonan tambah frekuensi penerbangan
Ia juga termasuk pengoperasian perkhidmatan kawalan trafik udara serta melanjutkan waktu operasi lapangan terbang pada musim perayaan.