awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zon ketenteraan sementara diwujudkan di ibu negara Greenland susulan ancaman AS
Sultan Nazrin berangkat ke majlis Pemasyhuran Presiden KBGK 2026
Arab Saudi duduki tangga kedua dunia bagi bantuan kemanusiaan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paratici kembali ke Tottenham selepas penggantungan FIFA

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2025
00:40 MYT
Paratici kembali ke Tottenham selepas penggantungan FIFA
Menurut Tottenham, struktur kepimpinan baharu kelab itu akan dilengkapkan dengan pelantikan pengarah operasi bola sepak, yang bakal bekerjasama rapat dengan Paratici (kanan) dan Lange (kiri). - Foto X / Tottenham Hotspur
GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur mengesahkan kepulangan semula Fabio Paratici ke The Lilywhites sebagai pengarah sukan selepas dikenakan penggantungan dua tahun setengah oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Spekulasi mengenai kembalinya individu berpengaruh itu sudah lama bertiup, malah media tempatan pada Mei lalu melaporkan rundingan antara kedua-dua pihak sedang berjalan bagi membolehkan Paratici kembali menyertai kelab London Utara berkenaan.
Paratici, 53, akan berkongsi tanggungjawab sebagai Pengarah Sukan Bersama bersama Johan Lange, dengan portfolio utama meliputi hala tuju bola sepak lelaki, pembangunan prestasi pemain, pemantauan bakat baharu serta urusan pengambilan pemain.
Beliau sebelum ini melepaskan jawatan pada April 2023 selepas rayuannya terhadap hukuman penggantungan 30 bulan oleh FIFA ditolak Mahkamah Sukan tertinggi Itali berhubung kes salah laku kewangan ketika bersama Juventus.
Ketika mengemudi Juventus sebagai pengarah sukan dan pengarah urusan, Paratici didapati terlibat dalam kes akaun palsu sehingga kelab gergasi Serie A itu dikenakan pemotongan 10 mata dalam saingan liga musim tersebut.
Bagaimanapun, bulan lalu Mahkamah Rom menerima tawaran pengakuan perjanjian yang dikemukakan Paratici serta beberapa bekas pegawai Juventus lain, sekali gus membatalkan hukuman penjara 18 bulan yang sepatutnya dijatuhkan ke atasnya.
Menurut undang-undang Itali, perjanjian seperti itu tidak membawa maksud pengakuan bersalah atau tanggungjawab terhadap tuduhan.
“Saya amat gembira dapat kembali ke kelab yang amat saya cintai.
“Saya telah bekerja rapat dengan Johan, Vinai (Venkatesham] dan Thomas (Frank) sebagai perunding sejak beberapa bulan lalu dan kini bersedia untuk kembali ke London bagi memulakan tugas sepenuh masa.
“Saya yakin melalui kerjasama dengan Johan, kami mampu membina masa depan yang istimewa untuk kelab ini dan seluruh penyokong Spurs,” kata Paratici dalam kenyataan rasmi.
Tottenham dalam masa sama memaklumkan struktur kepimpinan baharu kelab itu akan dilengkapkan dengan pelantikan pengarah operasi bola sepak, yang bakal bekerjasama rapat dengan Paratici dan Lange.
Skuad wanita Spurs buat masa ini kekal di bawah penyeliaan terus Ketua Pegawai Eksekutif, Vinai Venkatesham, sehingga pelantikan baharu diumumkan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tottenham Hotspur
#Fabio Paratici
#Pengarah Sukan
#penggantungan FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan