awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAVCOM lulus 316 penerbangan tambahan sempena Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
17/01/2023
15:19 MYT
MAVCOM lulus 316 penerbangan tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 25 lagi penerbangan tambahan bagi laluan domestik sempena Tahun Baharu Cina bermula esok hingga 31 Jan ini. - Gambar hiasan
SEPANG: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 25 lagi penerbangan tambahan bagi laluan domestik sempena Tahun Baharu Cina bermula esok hingga 31 Jan ini.
Penambahan itu menjadikan 316 penerbangan tambahan yang telah diluluskan berbanding 291 penerbangan tambahan yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada 6 Jan lepas, susulan permintaan daripada syarikat penerbangan selain usaha menangani harga tiket penerbangan.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim, berkata penerbangan tambahan itu melibatkan 134 penerbangan yang ditawarkan AirAsia, Batik Air (69), Malaysia Airlines (53), SKS Airways (44) dan 16 penerbangan oleh Firefly.
"Ppenambahan penerbangan ini, dijangka lapangan terbang akan semakin sibuk bermula esok dan sesak dengan penumpang," katanya kepada Bernama dan RTM selepas mengadakan pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini ,hari ini.
Pemeriksaan tersebut dilaksanakan bertujuan menilai kesiapsiagaan operasi syarikat penerbangan dan lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengendalikan trafik penumpang yang tinggi sempena musim perayaan hujung minggu ini.
Susulan penambahan 25 penerbangan tambahan tersebut, MAVCOM semalam telah mengeluarkan surat peringatan kepada syarikat penerbangan tempatan supaya mematuhi kesemua jadual penerbangan dan peraturan yang ditetapkan, katanya.
Berhubung kelewatan atau pembatalan penerbangan dan hak pengguna, Saripuddin berkata Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi antaranya penyediaan makanan dan akses internet bagi penangguhan dua jam atau lebih.
"Memang ada syarikat penerbangan yang mematuhi peraturan tersebut tetapi ia bergantung kepada pengguna itu sendiri, kadang-kadang mereka menolak kemudahan yang disediakan syarikat, ia adalah pilihan penumpang.
"Cuma kita hendak syarikat penerbangan bertanggungjawab terhadap penumpang seperti mana yang ditetapkan oleh MAVCOM, kerana semua penumpang membayar caj perkhidmatan penumpang, oleh itu mereka berhak menerima standard perkhidmatan minimum di lapangan terbang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mavcom
#penerbangan tambahan
#Tahun Baharu Cina
#laluan domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan