USAHAWAN popular Mawar Karim tampil mengulas mengenai dakwaan sumber di media sosial yang mendakwa dirinya sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Z sejak tiga bulan lalu.
Tegas Mawar, 33, dakwaan itu sama sekali tidak tepat dan masih dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka yang berbeza usia 10 tahun.
"Dah nama pun dalam proses mengenali… tentulah hajat di hati itu nak kahwin secepat mungkin.
"Tentang dakwaan dah berkahwin tiga bulan itu, saya nafi.
"Tak mungkin saya akan berkahwin sekarang sebab banyak lagi urusan masih perlu diselesaikan antaranya kes di mahkamah sebelum ini," katanya.
Menerusi khabar yang tular di media sosial, Mawar didakwa telah berkahwin dengan Datuk Z di sebuah majlis yang diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.
Mengulas lanjut, Mawar mengakui kurang selesa apabila kerap diperhatikan dan dijadikan bahan cerita di platform media sosial.
"Saya ini bukan penyanyi, bukan pelakon atau pengacara. Saya ini orang berniaga. Lainlah kalau saya ini macam Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kalau saya artis dan kemudian orang tanya-tanya, saya faham. Saya selesa untuk bercakap hal kerjaya saja.
"Bagi saya, hal peribadi terlalu privasi untuk diceritakan pada umum.
"Bukan apa, saya ini takut kalau hal yang baik (kahwin) macam ini tak jadi. Malu nanti.
"Maklumlah kita ini hanya merancang, Allah SWT yang menentukan," ujarnya.
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Wed Jun 01 2022
MAWAR: "Dah nama pun dalam proses mengenali Tentulah hajat di hati itu nak kahwin secepat mungkin. Tentang dakwaan dah berkahwin tiga bulan itu, saya nafi. -Gempak
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Parti pemerintah ANC kehilangan majoriti mutlak
Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah Afrika Selatan telah kehilangan majoriti mutlak buat pertama kali dalam tempoh tiga dekad.
Netanyahu tolak gencatan senjata kekal sehingga Hamas dihapuskan
Netanyahu tolak gencatan senjata kekal sehingga Hamas dihapuskan
Kerajaan Israel jatuh jika tamat perang tanpa hapus Hamas
Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir mengancam untuk menjatuhkan kerajaan gabungan Israel pada Sabtu.
Menurutnya ia akan dilakukan jika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memasuki perjanjian menamatkan perang di Gaza yang tanpa menghapuskan Hamas.
Menurutnya ia akan dilakukan jika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memasuki perjanjian menamatkan perang di Gaza yang tanpa menghapuskan Hamas.
Bursa Malaysia dijangka terus mengalami tekanan menurun
Bursa Malaysia berkemungkinan menghadapi tekanan menurun minggu hadapan disebabkan pelabur kekal berhati-hati, memfokuskan sektor defensif dan mengelakkan pelaburan berisiko.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Ribuan warga Israel bersama keluarga tebusan dan penyokong menuntut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menerima perjanjian yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Helikopter selamatkan penduduk daripada banjir di Jerman
Ribut dan hujan lebat melanda sebahagian besar kawasan selatan Jerman pada Jumaat dan Sabtu, mengakibatkan hubungan termasuk jalan raya terputus.
Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan
SPRM tahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor atas tuduhan menerima rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor. Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Mawar Karim nafi dakwaan sudah 3 bulan jadi isteri 'Datuk Z'
Tegas Mawar, 33, dakwaan itu sama sekali tidak tepat dan masih dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka yang berbeza usia 10 tahun.