PELAKON Mawar Rashid mengesahkan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Mawar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram di ruangan IG Story miliknya.
Menurut Mawar, mereka berpisah kerana tidak lagi wujud persefahaman antara satu sama lain.
“Kami berdua telah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu.
“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan menyayangi keperluan anak-anak kami.
“Kejayaan bersama-sama untuk menjaga anak (co-parenting) adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan Insya-Allah,” maklumnya.
Dalam pada itu, Mawar juga berharap tiada lagi spekulasi atau komen negatif berkenaan perkahwinan mereka selepas ini.
“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini.
“Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kita berdua. Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif.
“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” tulisnya.
Terdahulu, pada 10 Oktober lalu Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab.
Sejak dari itu dia tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tindakannya itu.
Namun baru-baru ini Mawar telah memadam gambar tidak bertudung di laman sosial miliknya.
Disebabkan tindakannya itu, ramai yang membuat spekulasi rumah tangga Mawar dan Raf mengalami masalah. - Gempak
Gempak
Thu Nov 23 2023
Mawar Rashid mengesahkan dia sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob.
Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting
Suspek dan mangsa dikatakan terlibat dalam pertengkaran, sebelum suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam.
Rombongan haji Thailand mahu meniru cara TH urus simpanan untuk jemaah
Delegasi haji Thailand berhasrat untuk mencontohi kejayaan Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan dana Islam, serta simpanan bagi menambah baik dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah negara itu.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan - TMB
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Waspada 'scam' melalui mesej jemputan perkahwinan
Polis telah mengesan penjenayah menggunakan mesej jemputan perkahwinan yang disebarkan melalui fail aplikasi yang ditanam "perisian hasad" atau emmalware bagi mencuri data dan mendapatkan butiran kewangan mangsa.
Urbanisasi: Beri penekanan aspek pelaksanaan di peringkat PBT
Usaha tidak boleh terhenti di situ kerana banyak usaha perlu dilakukan khususnya dalam menitikberatkan pelaksanaan di peringkat kerajaan tempatan.
Johari penuhi undangan Speaker Jepun, fokus R&D pertanian
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Korea Selatan ingin 'heret' Korea Utara ke UNSC
Korea Selatan merancang untuk mengadakan mesyuarat umum bersama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada pertengahan Jun.
Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan dengan Korea Utara
Majlis Keselamatan Negara (NSC) Presiden Korea Selatan pada Isnin memutuskan untuk menggantung pakatan ketenteraan antara Korea pada 2018 sehingga sikap saling mempercayai dengan Korea Utara dipulihkan.
Bandar di utara Gaza diisytihar kawasan bencana
Tentera Zionis memusnahkan 50,000 unit kediaman, rangkaian sisa kumbahan dan jalan raya.
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan Houthi menyasarkan tapak tentera di bandar pelabuhan Israel Eilat di kawasan Umm al-Rashrash dengan peluru berpandu balistik baharu.
'Ia terlalu peribadi' - Mawar Rashid bakal jawab dakwaan kahwini jejaka dari Brunei
Kata Mawar, dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.
Mawar Rashid umum berpisah dengan suami
"Kami berdua setuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu."
Mawar Rashid jumpa adik kandung selepas 23 tahun terpisah
Pelakon Mawar Rashid berkongsi kegembiraan apabila dapat bertentang mata dengan adik kandungnya setelah 23 tahun terpisah.
"Tima banyak tolong family, sebab tu ..." - Mawar Rashid dedah sikap Emma Maembong
Selamat hari lahir ..
"Bu Kasih Suci" tiga cerita dalam sebuah filem
Bagi Wan Hanafi Su pula, watak yang diberikan kali ini bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.
Raden Muhammad Rafael nama 'baby boy' Mawar Rashid
Hi Raden!
"Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, tapi ....." - Mawar Rashid
Alhamdulillah....
Seriau tengok Mawar Rashid buat Zumba ketika hamil 7 bulan, ini penjelasannya
Risau pula lihat Mawar lakukan senaman ketika hamil.
Tudung... sampai masa isteri saya pakailah, tak perlu nak maki-maki - Raf Yaakob
Suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan oleh segelintir individu terhadap isterinya kerana tidak bertudung.
#MawaRaf tidak boleh puaskan hati semua pihak - Raf Yaakob
Suami kepada Mawar Rashid, Raf Yaakob meminta semua netizen mendoakan yang baik-baik sahaja terhadap ikatan yang baru dimeterai itu.