awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maya Karin nafi jadi punca Nik Nazmi bercerai

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2019
02:00 MYT
Maya Karin nafi jadi punca Nik Nazmi bercerai
Maya Karin sudah lali dengan dakwaan yang mengaitkan dia dengan ahli politik. - Gambar fail
JIKA sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang ahli politik dari parti pembangkang, kali ini, nama Maya Karin sekali lagi didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sehubungan itu, pelakon filem Ombak Rindu itu tampil menegaskan, perceraian Nik Nazmi dengan Dr. Imaan Abdul Rahim tiada kaitan dengannya.
Menurut laporan portal Utusan Malaysia, Maya mengakui mengenali Nik Nazmi, namun hubungan mereka sekadar kenalan biasa sahaja seperti mana dengan beberapa ahli politik lain.
“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).
“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.
“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” katanya seperti dilapor portal Utusan Malaysia.
Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 39, berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan dia didakwa sebagai punca keruntuhan rumah tangga Nik Nazmi dan Dr Imaan.
Maya juga menegaskan, dia tidak terkejut dengan dakwaan terbaharu ke atasnya memandangkan sebelum ini pun, namanya sudah sering dikaitkan dalam skandal dengan ahli politik.
“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya lagi.
Pada Selasa, rumah tangga Nik Nazmi dan Dr Imaan yang berusia 14 tahun berakhir dengan perceraian.
Pasangan berkenaan berpisah dengan talak satu dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan. BACA: Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi dan isteri bercerai
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Setiawangsa
#Maya Karin nafi jadi punca Nik Nazmi bercerai
#Nik Nazmi Nik Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan