Seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh, di dalam sebuah perigi sedalam lebih enam meter di belakang kediaman mereka di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin malam tadi.
Susulan penemuan mayat bayi tersebut, pihak polis kemudian menahan enam suspek termasuk ibu dan bapa bayi berkenaan serta empat lagi ahli keluarga mereka yang tinggal di kediaman sama bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu yang memaklumkan kejadian itu berkata, mayat bayi yang masih berbalut kain lampin putih dan sempurna sifat itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi berkenaan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Balai (BBP) Jasin Bistari, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Ujar Arshad, bayi itu pada awalnya dilaporkan hilang jam 7.45 malam Sabtu lalu oleh bapa mangsa yang hadir ke Balai Polis Batang Melaka.
Berdasarkan laporan yang dibuat, kali terakhir bayi berkenaan dilaporkan dilihat sedang tidur di dalam bilik bersama ibunya pada jam 6.30 petang Sabtu lalu.
Jelasnya, susulan laporan itu, siasatan lanjut dilakukan berikut wujud keraguan mengenai kesahihan kehilangan bayi itu.
“Pihak polis Jasin semalam 22hb, sekitar 7 malam kita telah terima, satu laporan polis dari seorang lelaki yang mengatakan bayinya berusia enam hari telah hilang di kediamannya.
“Ekoran laporan kita terima, polis menjalankan siasatan terperinci memandangkan terdapat keraguan tentang kesahihan cara bayi ini hilang, maka siasatan berterusan. Peringkat itu kita klasifikasikan sebagai orang hilang tetapi selepas maklumat diperolehi tadi kita dapat maklumat penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam kes ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Mengulas lanjut beliau berkata, sejurus menerima maklumat daripada jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa, pihak polis termasuk pasukan forensik kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
Sejurus tiba, pihak polis menjumpai mayat bayi lelaki malang itu di dalam perigi yang masih digunakan itu dan disyaki ada kaitan dengan kes orang hilang yang dilaporkan di daerah itu pada 22 Julai lalu.
Jelasnya, berdasarkan laporan awal, kes tersebut diklasifikasikan sebagai orang hilang, bagaimanapun sususlan penemuan mayat bayi tersebut, keenam-enam suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat bayi malang tersebut kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Raffi Bachik
Sun Jul 23 2017
Susulan penemuan mayat bayi tersebut, pihak polis kemudian menahan enam suspek termasuk ibu dan bapa bayi berkenaan serta empat lagi ahli keluarga mereka bagi membantu siasatan. - Foto Astro AWANI
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.