NATIONAL
Mayat dalam peti sejuk: Punca kematian akibat kecederaan di dada - Polis

Lokasi kejadian di Jalan Klang Lama di mana polis menemukan mayat seorang wanita warga emas yang disimpan dalam peti sejuk beku (foto kanan). -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Laporan awal bedah siasat ke atas mayat seorang wanita warga emas yang disumbat ke dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini, minggu lalu mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada dada akibat dihentak objek tumpul.
Ringkasan AI
- Punca kematian wanita tersebut adalah kecederaan pada dada akibat dihentak objek tumpul.
- Polis masih menunggu laporan penuh dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan telah merakam percakapan sembilan individu termasuk jiran mangsa.
- Suspek, anak lelaki mangsa, telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Rusdi bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tempoh sebenar kejadian kerana perkara itu hanya dapat disahkan menerusi analisis kimia yang akan dikemukakan menerusi laporan penuh bedah siasat.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan mayat mangsa sudah dituntut suaminya kira-kira jam 9 pagi, Khamis dari Jabatan Forensik PPUM.
Suspek pula, katanya, sudah didiscaj dari PPUM selepas menerima rawatan dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
Menurutnya, setakat ini, polis sudah merakam percakapan sembilan individu termasuk jiran mangsa.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an sebelum disumbat dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG.
Perkara itu terbongkar selepas suspek yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa dipercayai dibunuh suspek pada Mac 2021.
Sehubungan itu, polis menahan anak lelaki mangsa yang berusia 53 tahun dan tahanan reman disambung hingga 26 November ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami