awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dua pekerja asing tertimbus dalam kuari ditemui

Bernama
Bernama
09/09/2014
01:11 MYT
Mayat dua pekerja asing tertimbus dalam kuari ditemui
POLIS: Pasukan penyelamat giat mencari mangsa ketiga dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Mayat dua daripada tiga pekerja warga asing yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu di sebuah kuari dekat Felda Bukit Sagu di sini, ditemui malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), mangsa pertama seorang warga Indonesia, Rudi Hartono, 30, ditemui pukul 7.00 malam manakala mangsa kedua seorang warga Myanmar, Tang Yang Siew, 25, ditemui pada 9.20 malam.
Tinjauan Bernama mendapati sehingga pukul 11.00 malam, operasi mencari dan menyelamat mangsa ketiga seorang warga Indonesia, Cecep Rubiyanto, 22, masih dijalankan.
Difahamkan, ketika kejadian pukul 5.00 petang tadi, dua pekerja berada di atas bukit pada ketinggian kira-kira 50 meter dan mereka dalam perjalanan turun selepas melakukan tugasan masing-masing.
Bagaimanapun, seorang pekerja kuari yang enggan dikenali, berkata mereka berpatah balik dan naik semula ke atas bukit itu kerana tertinggal barang.
"Secara tiba-tiba berlaku runtuhan menyebabkan mangsa tertimbus. Rudi, yang memandu jentera pengorek, berada di bawah bukit cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari jentera berkenaan namun gagal, dan dia turut tertimbus," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mayat Rudi bagaimanapun berjaya dikeluarkan hampir dua jam kemudian.
Operasi mencari dan menyelamat baki dua mangsa selepas itu mengalami kesukaran berikutan keadaan gelap.
Usaha berterusan pasukan mencari dan menyelamat membuahkan hasil apabila mayat Tang berjaya ditemui dua jam setengah selepas mayat pertama ditemui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pasukan penyelamat giat mencari mangsa ketiga dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#kuari
#mayat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan