awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak dibaham buaya ganas di Samarahan ditemukan pagi ini

Bernama
Bernama
08/04/2016
03:24 MYT
Mayat kanak-kanak dibaham buaya ganas di Samarahan ditemukan pagi ini
Mangsa dilaporkan diserang seekor buaya ketika mandi di sungai, dekat kawasan sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumah mereka. - Gambar hiasan
Mayat kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya ganas di Kampung Sungai Mata di sini semalam, ditemukan pasukan mencari dan penyelamat pada 8.55 pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mayat Crlieyseha Abdul Rahim yang berusia dua tahun enam bulan ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10 meter dari tempat mangsa disambar buaya terbabit.
Katanya, terdapat kesan gigitan di bahagian belakang dan bahu kanak-kanak berkenaan.
Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa bersama bapanya Abdul Rahim Maarof, 26, diserang seekor buaya ketika mandi di sungai, kawasan sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumah mereka.
Abdul Rahim mengalami kecederaan iaitu patah tangan sewaktu cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya dan beliau diselamatkan penduduk kampung dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung itu digerakkan semalam sebaik menerima laporan kejadian tersebut dan ia dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung semula Jumaat.
Topic Berkaitan
#dibaham buaya
#kanak-kanak dibaham buaya
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan