awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ketiga nahas helikopter ditemui - Zahid Hamidi

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
07/05/2016
06:15 MYT
Mayat ketiga nahas helikopter ditemui - Zahid Hamidi
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menjumpai mayat ketiga dipercayai mangsa nahas helikopter.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menjumpai mayat ketiga dipercayai mangsa nahas helikopter.
Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui laman twitternya hari ini.
Katanya, mayat itu ditemui di Lingga dan urusan untuk menerbangkannya ke IPK Kuching sedang diuruskan.
Mayat ke 3 ditemui di Lingga. Urusan utk menerbangkan ke IPK Kuching sedang diuruskan. Saya berada di bilik mayat hospital Kuching.
— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) May 7, 2016
Sebelum ini, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata mayat kedua nahas itu ditemui pada jarak 10 km dari pos kawalan Bomba Lingga pada pukul 8.31 pagi. BACA: Jenazah Noriah Kasnon selamat dikebumikan
BACA: DCA perlu wujud SOP baharu tangani masalah helikopter terhempas - Ab Aziz
Setakat ini, identiti mayat belum dikenal pasti lagi.
Mangsa kedua itu dijumpai selepas mayat mangsa pertama tragedi terbabit iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.
Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.
Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
Topic Berkaitan
#nahas helikopter
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan