awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemui dengan kesan kelar di Ipoh

Bernama
Bernama
25/10/2014
13:13 MYT
Mayat lelaki ditemui dengan kesan kelar di Ipoh
Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 11.45 pagi tadi. - Gambar Hiasan
Seorang lelaki warganegara Myanmar dijumpai mati dengan kesan kelar di bahagian leher di kawasan parkir Jalan Russel di sini hari ini.
Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 11.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata siasatan awal berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada sehari.
"Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati ada tatu di bahagian dada serta mempunyai kesan kelar pada leher daripada penggunaan senjata tajam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata mayat yang berpakaian ditemui terbaring di bawah pokok dengan badannya dilitupi daun-daun kering.
Polis juga menemui dompet bersama-sama mangsa dan pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan, katanya.
Sum berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Ipoh
#lelaki
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan