awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kim Kim

Bernama
Bernama
08/11/2019
01:09 MYT
Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kim Kim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah kolam memancing di Jalan Cermai
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah kolam memancing di Jalan Cermai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata mayat mangsa dipercayai warga tempatan dianggarkan berusia lewat 40 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada pukul 11.41 pagi Rabu lalu.
Katanya, ketika ditemui mangsa hanya berseluar trek berwarna hitam.
"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada kawasan sungai tersebut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Bagaimanapun, pemeriksaan awal pasukan forensik terhadap mayat tidak menjumpai sebarang tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, ciri-ciri fizikal mangsa antaranya mempunyai susuk tubuh tegap, ketinggian 170 sentimeter, berkulit cerah dan anggaran berat 90 kilogram.
"Kesan parut suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) juga tidak dapat dilihat kerana keadaan mayat sudah kembung," katanya.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ismail berkata, dalam masa sama pihak polis memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai mangsa atau ada saudara-mara yang hilang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bacille Calmette Guerin
#Ismail Dollah
#Jalan Cermai
#kolam memancing
#Sungai Kim Kim
#Taman Kota Masai
#trek berwarna hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan